Tuesday, April 7, 2015

Kembara di bumi Uncle Sam 7 : Pagi pertama di Fresno...2nd lesson..

Suasana musim sejuk yang masih terasa dicampur dengan keletihan yang amat sangat menyebabkan aku tidur dengan begitu lena pada malam pertama di Fresno. Sedar-sedar aku dikejutkan oleh Shakirin untuk solat subuh pertama  di bumi Uncle Sam. Alhamdulillah, Allah kurniakan aku seorang roomate yang sentiasa ingatkan aku kepada Allah SWT.

Pagi tu aku mandi buat pertama kalinya  dalam bath tub menggunakan shower air panas. Orang kampung Pak Sabah, Dungun ini merasa begitu teruja sehingga tidak menyedari bilik mandi basah hasil limpahan air shower tersebut. Disebabkan kebiasaan bilik mandi di malaysia sentiasa basah aku dan shakirin tidak perasan perkara ni.

Sedang kami bersiap-siap didalam bilik, pintu bilik diketuk oleh grandpa. "mohamad!, rosdi!, can i come in?", grandpa bersuara. (mohamad adalah panggilan untuk shakirin, nama pertama dia). Pintu bilik kubuka dan nampak grandpa tercegat dengan muka yang sedikit marah. "Come with me...you too mohamad..", ajak grandpa. Kami ikut grandpa tanpa sepatah suara...takut...

Grandpa membawa kami kedalam bilik air yang kami gunakan untuk mandi pagi tadi dan bertanya, " Do you have anything to say about this ?". Kami lihat dalam bilik air tersebut dan tidak tahu apa kesalahan kami so kami diam je..Melihat kami macam termanggu-manggu tidak faham apa kesalahan kami, grandpa mula kendur sedikit dan berkata, "you see, if you guys want to take a shower, please make sure the lower end of the curtain inside the bath tub so that the water will not spill out and wet the bathroom floor, it was my fault not to tell you guys before, I thought you guys knew".

Barulah kami faham kesalahan kami dan berjanji tidak akan buat lagi..Kami sempat berlawak sambil berkata, " we are from the village, never use the bath tub with shower before and our bathroom are always wet...". Itulah 2nd lesson yang aku pelajari dari Grandpa..selain daripada tahu macam mana nak letakkan langsir shower...pelajaran yang lebih utama sikap grandpa yang boleh terima ianya juga kesalahan dia kerana tak ajar kami terlebih dahulu.


 Gambar hiasan: kedudukan shower curtain sepatutnya..di dalam bath tub

"Breakfast is ready dear," jerit grandma dari dapur kepada grandpa. Grandpa minta kami bersiap untuk breakfast. Kami balik ke bilik sekejap sebelum ke dapur untuk breakfast. Dalam perjalanan ke dapur melalui bilik air tadi, kami ternampak grandpa dalam usia 70an tu sedang mengelap air di lantai yang basah tu......bersambung




Thursday, December 27, 2012

Kembara Di Bumi Uncle Sam 6: City of Fresno, California



Bandar Fresno (sebutan Freznoh) adalah sebuah bandar di tengah Negeri California, USA, merupakan ibu daerah bagi daerah (county) Fresno. Semasa aku sampai di Fresno, jumlah penduduknya lebih kurang 300,000 orang. Menikut statistik terkini, jumlah penduduknya telah bertambah kepada 500,000 pada tahun 2012. Majoriti penduduk Fresno adalah berketurunan Mat Salleh, diikuti dengan orang Hispanic , Black, Asian dan sedikit Native American (penduduk asal).

Fresno terletak 320 km ke utara Los Angeles(LA), 303 km ke selatan San Francisco dan 270 km ke selatan Sacramento, ibu negeri California . Nama Fresno adalah nama bagi pokok ash dalam bahasa Sepanyol yang banyak terdapat di Fresno dan daun pokok ash merupakan simbol yang terdapat pada bendera untuk bandar Fresno.




Kedudukan Fresno yang terletak berdekatan pusat geography California memberi kelebihan kepada Fresno dari segi jarak ke beberapa pusat rekreasi yang besar antaranya Yosemite National Park (97 km), Sierra National Forest (64 km), Kings Canyon National Park (97km) dan Sequoia National Park (121 km). Aku sempat melawat dua tempat tersebut iaitu Yosemite National Park dan Sequoia National Park.

Yosemite Park, California - 1984

Sequoia National Park, California - 1987
Cuaca Fresno agak sederhana sejuk serta lembab pada musim sejuk dan panas serta kering pada musim panas. Bulan December dan Januari merupakan bulan paling sejuk dengan purata suhu 12.8 °C pada siang hari. Pada musim panas terutamanya bulan July, suhu boleh 
mencapai 45.0 °C.

Begitulah sedikit sebanyak maklumat mengenai Fresno yang menjadi tempat 
bermaustatinku selama 9 bulan dari Februari 1984 hingga Awal September 1984 
sebelum berpindah ke Portland Oregon.

Monday, December 24, 2012

Kembara di Bumi Uncle Sam 5 : Tiba di Fresno, California 2

Setelah mengangkat barang2 kedalam kereta Grandpa, kami meninggalkan Lapangan Terbang Fresno yang kenali sebagai Fresno Air Terminal. Pada tahun itu (1984), Fresno Air Terminal hanya airport kecil untuk penerbangan dalam negeri sahaja.

Fresno Air Terminal
Gambar dalam Fresno Air Terminal - 1984
Namanya telah ditukar kepada Fresno Yosemite International Airport pada tahun 1996 dan menjadi airport international sepenuhnya pada tahun 2006.



Jarak dari airport ke rumah grandpa lebih kurang 7km sahaja dan mengambil masa 15 minit melalui jalan East Clinton Ave, North Chestnut Ave, masuk ke Cedar Ave sebelum keluar melalui Platt Ave dimana rumah grandpa terletak. Aku tidak banyak bercakap sepanjang perjalanan tersebut kerana terlampau excited dan masih tak percaya yang aku sudah sampai dan menjejak kaki ke negara yang selama ini hanya aku kenali melalui cerita combat, superman dan little house on the prairie.

Selepas sampai di rumah grandpa, kami ditunjukkan kepada bilik kami dan grandpa membiarkan kami untuk mengemaskan barang-barang kami. Bilik agak selesa dengan 2 katil serta wardrobe yang berasingan. Beberapa ketika grandpa memanggil kami dan menunjukkan bilik air untuk kami gunakan dan menanyakan samada kami ingin apa-apa minuman. Tekakku memang terasa haus tapi seperti biasa adab melayu, kami jawab, "No, thank you". Aku mengharapkan supaya grandpa akan bagi juga minuman sepertimana adab orang melayu walaupun tetamu kata tak nak, disediakan juga. Malangnya, bila mendengar kata-kat kami tu, grandpa pun kata, "ok then, see u guys tomorrow , have a good rest, good night". Itulah first lesson yang aku belajar mengenai mat salleh, tiada cakap berlapis punya, when u say no, u should mean no. Malam tu kami tidur nyenyak setelah travel selama hampir 20 jam kerana penat walaupun dengan tekak yang sangat haus ...bersambung...


BUKU-BUKU TERKINI DARI TELAGA BIRU


Get paid for your opinions! Click on the banner above to join Planet Pulse. Its totally free to sign up, and you can earn UNLIMITED. Find out more by visiting PLANET PULSE.
Program SMS Prepaid Terunggul Dari MYeCASH