Friday, May 29, 2009

Debaran Bakal Mertua..

Balik dari SMTTM singgah dirumah Pok Teh (abangku) untuk tengok persiapan perkahwinan anak sulungnya Liyana hari ahad ini..

Dinding dah bercat baru..."budak2 2-3 orang ni je yang cat, Di" kata Kak Midah...

Katil Pengantin dah siap..barang2 hantaran ada 2-3 belum dibuat...Ole-ole untuk tetamupun dalam proses...

Warna Tema....Maroon




Sebahagian hantaran yg sudah siap..


Katil Pengantin...




Ole-ole untuk tetamu..





"Satu je ...harap-harap makanan nanti semua cukup," itulah kata-kata debaran Bakal Mertua yang akan menerima menantu sulung...

Aku doakan semoga semuanya berjalan dengan sempurna dan majlis walimatulurus hari ahad ini mendapat kerahmatan Allah SWT dalam usaha kita untuk mengikuti Sunnah Nabi kita Muhammad SAW.

Thursday, May 28, 2009

Selamat Tinggal SMTTM....





Pintu Masuk Utama SMTTM


Hari ini hari terakhir persekolahan penggal 1 dan juga hari terakhir kak long di SMTTM.... Selepas 3 bulan aku dan zaujah cuba pujuk supaya dia kekal di SMMTM...kami gagal. Kak long sememangnya jenis yang tetap pendirian...jika dia dah kata,"Tak Nak", marahlah, pujuklah, pukullah macamana sekali pun...dia akan tetap "tak nak"...

Teringat masa dia darjah satu di SK Sinaran Budi Rawang dulu....dia buat hal tak nak pergi sekolah bila masuk minggu kedua...aku terpaksa ambil cuti 3 hari selesaikan 'cabaran' anak sulungku ini..

hari pertama...aku pujuk, cakap elok2...nak upah aiskrim dsbnya jika dia ke sekolah...tak berjaya
hari kedua...aku ubah taktik..guna kekerasan sikit...marah,cubit...tak menjadi..
hari ketiga...tak pujuk dan tak marah...van sekolah datang..angkat dia masuk van...van jalan terus dlm keadaan dia mengelepar/menangis....no problem after that..

I was thinking of doing the same thing now....biarkan saje dia kat SMTTM. ...I have given an ultimatum that nak tukar boleh tapi uruskan sendiri..I will not be a part of it..I want kak long berusaha sendiri sekiranya dia benar2 nak pindah but she is a smart girl, tak boleh tackle abah...dia tackle Manya....... dia pujuk, rayu, hntr sms ke Manya sampai Manya tak tahan i.e pening memikirkan perkara ni.

Well, hari ini zaujah uruskan pertukaran sekolah tanpa bantuanku...aku duduk dalam kereta dengan azim dan jia..

Selepas angkat semua barang kedalam kereta, kak long ucapkan selamat tinggal kepada kawan2...dan apabila dia berjalan kekereta, ku lihat air matanya mengalir...




Selamat Tinggal SMTTM...

Tuesday, May 26, 2009

Kenangan Di Techart 1: Techart...my second family


Hari ini aku ingin berbicara mengenai company lama aku, Techart Sdn Bhd dan aku akan menulisnya dalam bahasa Inggeris sepenuhnya sebagai penghormatanku kepada MD Techart, Tn Hj Zolkifly yang cukup menitikberatkan penguasaan Bahasa Inggeris dikalangan kakitangannya..

I've spent half of my 21 years of working life with Techart.Techart was and still very closed to my heart even though I've left Techart 1 and half year already.

2-3 weeks ago, Techart has moved its office from Wisma Bumi Raya to its own building at Rampai Business Park and I think by moving away from MARA HQ building, Techart has come out from the shadow of MARA that Techart is popular of..."oh..kerja ngan Techart MARA", that statement has almost expected when I told people where I worked when working with Techart before.

My relationship with Techart goes beyond company and staff relationship. It is like a family to me...that is why when I left Techart it is not because of an offer from other company ....The other companies could only offer better salary but not the "family touch" that Techart was offering..

Not many know the real reason why I left Techart, many thought that I left Techart for better prospect, start own business etc..Those were only parts of the reasons not the main one...Those were not the main pulling factor that really pulled me out of Techart.....

My mother is the real reason I left Techart...I needed to be closed to my mother for the remaining of her life..She was reaching 80 and seems that the only thing that she needed in her life then was children to talk to ...I've noticed this when I were working in KL and came home once a while...

.....and I have no regret at all leaving Techart for my mother...I've was there when she needed me most...listen to her as much time as I can...consoled her during her sickness..and prayed for her and helped her to say,"Lailahaillallah" when she was at the edge of "Sakaratul Maut"...no.. I have no regret at all.....

Coming back to my topic today...let's talk about my 10 years experience in Techart. I joined Techart on 16 June 1997 as Project Manager, climbed up corporate ladder to become Senior Project Manager and ended my career in Techart as a Senior Manager in Dec 2007.

What u see of me today is the result of 10 years I've spent with Techart. Techart has nurtured me from ordinary to extra ordinary, trained me, and sent me to seminars, technical and motivational courses. Techart changed me from what I was before...and I did not realise it until I met people whom I have not met for the last 10 years.

From my simple calculation, Techart has spent/invested about RM 1M on me during my 10 years services..quite a lot of money...and I am proud to say that I have returned its investment quite substantially to Techart.

As I said earlier, Techart was not just a company to me...it was like a big family to me and I truly believe people who work with Techart for as long as I, will agreed with me.

Anak Ular di Pagi Sabtu..

Pagi sabtu lepas, anak ular masuk dalam rumahku..dalam tandas kat bilik tidurku to be exact...mula tak perasan sebab tak pakai spek....ingatkan lipan sebab rumah kayu ni memang selalu nampak lipan...tup..tup..bila pakai spek..tu dia...ular sawa...eeeeeee...walaupun cuma anak yang panjangnya 1-2 kaki je. Anak2 dan zaujah aku kejutkan supaya keluar dari bilik..

Teringat kata-kata Ustaz Ismail Kamus..."kalau ular masuk rumah..suruh dia keluar 3 kali,,kalau tak keluar juga boleh bunuh"..dikhuatiri ular itu jelmaan Jin.

Akupun ikut nasihat Ustaz Ismail Kamus, "Kalau kau Jin, tolong keluar dari rumah aku ni," tak semena-mena ular tu pusing nak masuk lubang kecik kat dalam tandas tu..aku tekan badan ular tu dengan kayu..jadi dia tak dapat bergerak..."camne ni ma?, nak bunuh ke tak ni" tanyaku ke zaujah.

"Tak payah bunuhlah, masukkan dalam bekas ni dan buang kat luar" kata zaujah sambil bagi tong bekas nasi.

Dalam geli geleman aku dengan ular, aku pegang ekornya dan cuba masukkan dalam tong itu...tup..tup..terlepas dan jatuh dekat tempat tidur azim (azim tidur dalam bilikku bila Yo duduk asrama...)... aku dapat tekan badan ular tu dengan kayu sbelum dia pergi jauh....fuh..nasib baik dia tak sempat masuk bawah katil.

Sekali lagi aku pegang ekornya dan akhirnya berjaya masukkan dalam tong nasi tu...aku biarkan ular tu dalam tong sementara kat luar cerah sikit..




Tong Nasi tempat anak ular di "kuarantine"


Zaujah call tok bab tanya nak buang kat mana anak ular tu. "Buang kat pantai", kat tok ma. "tak payah, buang kat semak kat luar pagar tu je, lepas tu pesan kat ular tu...tak payahlah datang kat rumah ni lagi" kata tok bab.

Aku buat seperti kata tok bab dan pesan ke ular tu, "Aku dah lepaskan kau kat sini, kau mainlah kat dalam semak ni, tak payahlah lagi datang rumah aku.."harap2 dia faham..diapun makhluk Allah juga....




Anak ular dalam bekas tong nasi tak mahu "keluar"






Setelah beberapa ketika, baru dia keluar....


Alhamdulillah...semuanya selamat.....keesokannya aku tutup semua lubang yang ada kat dalam tandas tu....

Sunday, May 24, 2009

Majlis Khatam Al Quran.

Hari Jumaat Malam Sabtu yang lalu.....Mak Ngahnya buat kenduri Solat Hajat , Khatam AlQuran dan tahlil di rumahnya di Paka. Kami sekeluarga serta De (kakak ipar) dan anaknya angah bertolak dari dungun pukul 3.00 ptg ke Paka. Pok Li ke Bandung dengan kawan2 pejabat PPD Dungunnya, minta tolong bawa keluarganya sekali ke Paka.

Lebih kurang 80 orang hadir...penuh rumah.. Selepas solat hajat, diadakan khatam Al Quran untuk anak2 kanda maimun (1 orang lelaki dan 3 perempuan).

"Nak ikut biasa ke luarbiasa, khatam Al Quran ni, kalu biasa ustaz baca kemudian ikut...kita buat luar biasalah, yang nak khatam baca, ustaz tegur mana yang silap.." kata ustaz.

Abang nampak panik sikit sebab dia ingat baca dua 3 surah je..rupa2nya kena start dari surah Adh Dhuhaa sampai habis , yang perempuan ikut baca kat dalam bilik. Mungkin sebab terkejut, bacaan abang kadang2 "tersasar" sebutan dan tajwidnya.




Abang sedang baca AlQuran sambil di "awasi" oleh ustaz.


Azim dan angah berbisik2 sambil senyum2 macam ada rahsia bila dengar Abang baca AlQuran.."buat apa tu," tanyaku ..."Kira berapa kali abang kena tegur di ustaz, dah 23 kali abah!" jawab Azim. Laaaa...budak2 ni ....ada je idea....



Azim dan angah tengah kira berapa kali abang kena tegur oleh ustaz

Alhamdulillah, majlis berjalan dengan sempurna...makananpun cukup dan tiada banyak pembaziran..semoga majlis ini di iktiraf oleh Allah SWT sebagai majlis ilmu yang mendapat kerahmatanNya, insyaAllah.

Saturday, May 23, 2009

Verse of the day

Firman Allah SWT yang bermaksud, " Negeri akhirat itu, Kami jadikan untuk orang-orang yang tidak ingin menyombongkan diri dan berbuat kerosakan di muka bumi. Dan kesudahan yang baik itu adalah bagi orang-orang yang bertaqwa."

Surah Al-qasas , ayat ke 83..

Friday, May 22, 2009

Ke SMTTM dan Colek Ayam...


Hari khamis ke SMTTM lagi..kak long sms minta
ambik sebab air kat asrama tak ada....another trip to SMTTM...another 4 hours drive...ingat nak pergi minggu depan sempena cuti sekolah.

Jia tak pergi ke tadika An-najminya sebab nak bertolak awal...Azim nak ikut sama tapi sebab ada ujian tengah tahun dan diberi 'greenlight' boleh main PS2 lepas balik sekolah..dia "akur"...

Jia pergi mana-mana mesti bawak buku....bukan untuk baca tapi mewarna..minat sungguh mewarna..






 antara gambar yg siap diwarnakan....












Bekalan untuk Jia sepanjang ke SMMTM..malas nak berhenti makan..












Dah makan mini bahulu.....tidur..







lalu depan SK Pusat Jerteh..pernah belajar sini masa darjah 2...kenangan yg tak dilupai pasal sekolah ini ialah dapat hadiah kain untuk buat baju sekolah sebab dapat No. 2 dlm kelas (bangga dapat bantu kurangkan belanja ayah)...
dan
dapat tengok siaran langsung TV perlawanan tinju antara Mohamamad Ali dan Joe Frazier ramai-ramai kat sekolah ( satu sekolah dibenarkan tengok TV)...Mohammad Ali menang...





















Atas jambatan jerteh...satu lagi ingatan zaman persekolahan....semasa jambatan ini sedang dibina pernah mandi disungai ini terjun (diving) dari jambatan lama ...woo..what a life ! no worries at all....although I was almost drowning that time...


Sampai di SMMTM, kereta tak dibenarkan masuk...kena tunggu kat luar..minta pak guard panggilkan Kak long ....(ni mesti ada kes...dulu boleh masuk)

sembang dengan pak guard dan tanya khabar tentang SMTTM ni.."budok2 loni..berat...keja sokmo ngo kito...pah atah siling pahtu lompat antaro bagune..puah kejja, kito...dok tahulah..mok bapok hanta suruh belajo.."cerita pak guard.

teringat masa kat mrsmkt dulu...perkara2 ni pun berlaku...so aku buat kesimpulan bukan tahap IQ yang memandu hidup kita tetapi kekuatan iman kita kepada ALLAH SWT...Alhamdulillah aku terlepas dari kena sumpahan2 dari cikgu, warden dan jaga semasa kat mrsmkt dulu...berkat doa ibu dan ayah.. moga2 Allah SWT memberikan kekuatan kepada Kak long untuk berlepas diri juga dari perkara2 ini...Amin

sambil rehat2 kat pondok jaga...snap 2-3 gambar

































kak long diiringi kawan2nya sampai ...kena jalan 1-2 km dari asrama..berpeluh jugak dia...






 

On the way balik ke dungun...nampak kedai makan baru buka kat guntung....Nasi Ayam..Colek Ayam emmm....yummy...kena rasa colek ayam ni...dah tak ingat camne bentuk dan rasanya..







ni lah colek ayam dari Guntung.....keropok keping..ayam goreng dan colek (cicah)

















Kak Long dan kawannya Su yang ikut sama bermalam dirumah kami selama 2 malam sebelum balik ke SMTTM pada hari sabtu.

Laksa anybody?

3 hari lepas badan rasa tak sihat so rihat kat rumah je....tup..tup..zaujah cakap nak masak laksa utk tengahri..puh...terus rasa sihat...

Abah dia, nak makan kat mana ni? zaujah tanya..kita makan kat lambo jelah...sedap sikit kena angin pantai..kataku (lambo=verandah)

kami makan bertiga je..Azim dah pergi sekolah... dia darjah 3 sekolah petang..

Tu dia ...Jia makan laksa..."dah baca bismillah belum" tanyaku..."eh..eh..tak ingat pulok, Bismillahirahmannirrahim," jawab jia dan terus sambung makan...(suka jugak budak ni makan laksa..macam abah dia)


Abah dia tak payah cakaplah pasal laksa..memang favourite dia daripada kecik...dan dengan izin Allah SWT dipertemukan dia dengan anak towkay laksa...apa lagi.. Alhamdulillah....selepas 2 pinggan laksa habis licin..

"segala ketentuan ALLAH SWT ke atas ku selama ini samada isteri, anak dan bidang yang ku ceburi, aku terima dan bersyukur ke atasNYA, semoga ALLAH SWT menjadikan aku dari golongan orang2 yg bersyukur.....amin"

Wednesday, May 20, 2009

Tilawah Alqurah

Wahdah Pemangkin Khaira Ummah


Malam tadi kami sekeluarga kemajlis perasmian Tilawah Alquran peringkat negeri Terengganu yang diadakan di Dewan Merdeka (dulu dikenali sebagai padang zink merah), Dungun.

Jia siap sedia untuk ke tilawah..



Azim laju kedepan nak cepat sampai...

Pentas tempat Qari mendengarkan bacaan Alquran- 3 rehal dan 6 tangan menadah doa..

Masih teringat 31 tahun dahulu, dipadang inilah perlawanan akhir bolasepak bawah 12 tahun peringkat daerah dungun antara SK Batu 48 dan SK Seberang marang dan saya adalah salah seorang pemain SK Batu 48 yang telah menang pada tahun itu...SK Batu 48 yang diketuai oleh Ghani, Soh, Che Awang dan bebrapa nama lagi yang aku dah tak ingat, menang 2-1...

Berbalik kepada Tilawah, kami sekeluarga sampai lebih kurang Pkl 8.45mlm, pada masa yg sama MB Trg juga sampai utk resmikan majlis tersebut..

Semasa ucapan pembukaan, sambil makan kacang dan minum air "free" ,



sempat zaujahku bertanya khabar kepada budak2 sekolah SMT Dungun yg duduk dihadapan kami..teringat kepada Kak Long yg berada di SMTTM..apa yg sedang dia buat sekarang?

Salah seorang pelajar tersebut mempunyai muka yg seiras dengan Nazrul (anak keduaku)...menyebabkan zaujahku tak bersembang lama dengannya...mungkin sebak kerana teringat ke Nazrul yg berada di asrama SMASKL.

Azim dan Nazrul di Tilawah Antarabangsa kat TTI tahun lepas..

Ini merupakan majlis tilawah kedua yang kami hadir selepas pulang ke Trg pada tahun lepas. Tahun lepas kami ke TTI utk majlis tilawah peringkat antarabangsa dan Nazrul ada bersama.

Yang peliknya pada kali ini, selepas saja perasmian ada pertunjukan bunga api..!!!

Teleng kepala nak tengok bunga api.. (bucu khemah atas kiri)


Well, i don't want to comment on this issue kerana sudah tentu ahli-ahli agama yang ada dalam komiti utk majlis ini lebih mengetahui reason disebalik pertunjukkan tersebut..wallahu'lam

Tetapi yang ingin aku nyatakan disini ialah sikap kita apabila bacaan al quran di perdengarkan...bukankah kita sepatutnya diam dan mendengar bacaan tersebut..bukan bercakap-cakap seprti berada dipasar..malangnya itulah yg berlaku...apakah maknanya kita kemajlis tilawah tetapi berborak2 semasa bacaan alquran diperdengarkan? May Allah have mercy on us...

Kami pulang selepas Qari pertama (wakil kemaman) selesai menghabiskan bacaannya sebab dah pkl 10mlm dan esoknya azim ada periksa dan Jia dah kuyu matanya...


Jia dah tunjuk muka sebab nak balik dah ngantuk...



An engineer will always look for an "engineering things" wherever he/she goes..now why don't i think of that structure when I design my house roof trusses?

Tuesday, May 19, 2009

Kenapa Saya Memilih Menjadi Engineer

Cita-cita saya semenjak kecil ingin menjadi seorang doktor. Kemungkinan besar cita-cita ini timbul selepas melihat filem "Dr Rushdi"  lakonan Allahyarham P.Ramlee.


Sehinggalah tingkatan lima, setiap kali diajukan pertanyaan, " Awak nak jadi apa nanti?" atau " apa cita-cita awak?", jawapannya mesti doktor. Namun, jawapan saya ini bertukar kepada Engineer semasa menghadiri temuduga untuk menyambung pelajaran ke luar negara. Jawapan itu timbul apabila saya diberitahu pelajar bidang kedoktoran tidak dihantar ke luar negara. Adakalanya saya terfikir balik..alangkah rapuhnya alasan saya untuk bertukar cita-cita. Cita-cita yang tersemat didalam hati semenjak kecil boleh berubah hanya kerana ingin keluar negara. Dan kadang-kadang ada juga rasa penyesalan dalam hati saya selepas itu kerana rupa-rupanya pelajar kedoktoran juga di hantar ke luar negara seperti Ireland semasa itu.

Memang telah ditakdirkan saya menjadi seorang Engineer dan sehingga kini saya boleh merasa bangga dengan apa yang telah saya capai sebagai seorang Engineer. Kalau sebagai doktor, saya boleh berbakti dengan merawat pesakit, sebagai engineer saya boleh berperanan dalam menyediakan tempat untuk doktor merawat pesakit.

So, jika masih lagi ada pertanyaan " kenapa saya memilih Engineer dan tidak lain-lain karier ?"...Saya kan jawab..ini lah karier yang  Allah takdirkan untuk saya , mungkin saya rasa ada karier lain yang lebih baik, tetapi tidak semestinya baik untuk saya. Firman Allah yang bermaksud,".......Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui" - surah Al-Baqarah Ayat 216.

Salam Perkenalan

Alhamdulillah...Segala puji bagi Allah SWT setelah beberapa tahun berhasrat untuk membuat blog sendiri..akhirnya diizinkan Allah SWT dengan adanya blog ini..

Semoga segala usaha,tenaga dan masa yang digunakan untuk menulis dalam blog ini dikira sebagai amal yang soleh...yang mendekatkan lagi diri ini kepada Penciptanya..InsyaAllah..

Salam perkenalan kepada sesiapa saja yang mengunjungi blog ini..semoga kita sama-sama dapat menafaatnya..insyaAllah..

Jazakallahukhairan Kathiran kepada pengunjung yang memberi komen/ulasan yang positif maupun negatif untuk blog ini..Hanya Allah SWT yang Maha Mengetahui atas segalanya dan Maha Pengampun atas segala dosa-dosa kita....

BUKU-BUKU TERKINI DARI TELAGA BIRU


Get paid for your opinions! Click on the banner above to join Planet Pulse. Its totally free to sign up, and you can earn UNLIMITED. Find out more by visiting PLANET PULSE.
Program SMS Prepaid Terunggul Dari MYeCASH