Tuesday, June 30, 2009

Abah..hadas besar tu apa?

Hari isnin lepas macam biasa aku pergi jemput Azim balik dari sekolah...Masuk je dalam kereta Azim ajukan satu soalan yg agak menarik, "Abah, hadas besar tu apa?"...terkejut jugak aku...ini kali pertama aku dapat pertanyaan seperti ini dari anak2 aku...abang dan kakak azim sebelum ini tak pernah tanya soalan macam ni....

"Mana azim dengar perkataan hadas besar tu?" aku tanya balik.."ustazah beritahu hari ini" jawab Azim..."apa lagi kata ustazah", ku tanya balik untuk tahu setakat mana pengetahuan yang Azim dapat dari ustazahnya...

"ustazah kata kalu ada hadas besar, kena mandi, kalu tak, tak leh solat" jawab Azim.."ahh..betul lah kata ustazah tu" kataku untuk cuba menamatkan perbualan sebelum pergi lebih detail...

"tapi......apa benda hadas besar tu...? tanya Azim lagi....nampak gayanya aku terpaksa berterus terang sahaja kat Azim..bagi dia faham terus...

Baru je aku nak terangkan, kereta dah sampai kerumah...Azim keluar dari kereta dan selepas buang kasut terus bertanya kepada Manya, "Ma..hadas besar bende Ma".....Manya mengerlingkan matanya kepada ku sambil tersenyum.....emm giliran zaujahku pulak untuk menjawab...

"Bila Azim mimpi naik kapalterbang...Azim kira hadas besarlah..kenalah mandi" terang Zaujahku....macam biasa kudengar penerangan macam tu....maka berlakulah soal jawab antara Azim dan Manya..

"kalu tak mimpi"...

"tak payahlah mandi"...

"naik kapalterbang tu camna..."

"nanti Azim besar, Azim tahulah macam mana naik kapalterbang tu.."

"abang yo dah mimpi ke belum?"....

"dah dekat2 dah nak mimpi tu...suarapun dah mula tukar"...

Lepas tu aku tingalkan mereka berdua dan aku kira Azim dah faham sebab tiada lagi soalan selepas aku kembali semula...

Selepas bersiap2 menaiki kereta untuk ke Masjid untuk solat maghrib..."Abah..Kena mandi tiap2 kali nak solat ke bila hadas besar?"......La..ada lagi soalan mengenai hadas besar ni...ingatkan dah selesai...

"Tak..sekali je...." Jawabku pendek

"ohh..sekali je...ingat tiap2 kali nak solat"..."pah tu macam nak tahu kita ada hadas besar ke tak"

"Tadi Ma terangkan Azim tak faham ke?"

"Dok..."

Masanya dah tiba untuk aku selesaikan kekusutan anakku sorang ini....

"Hadas tu ada 2 jenis..hadas besar dan hadas kecil, Azim tahu dok, apa tu hadas kecil? tanyaku

"Dok tahu..."

"Azim tahu dok, perkara2 hok batalkan wuduk?"

"buang air.....errr...kentut....betul dok abah?"

"Ah..betullah tu..bila batal wuduk..maknanya kita dalam hadas kecil..dok leh solat..pegang Alquran...nak solat kita kena....?

"ambil wuduk...." jawab Azim pantas..

"hadas besar pulak biasanya untuk orang2 tua je...budak2 tak ada lagi hadas besar"

"budak2 pun mimpi naik kapalterbang gok, abah..Ma kata bila mimpi naik kapalterbang..kira hadas besar tu..."

"Betul tu...cuma Ma bagi kiasan je tu...ada tak ustazah kata sebab2 boleh jadi hadas besar?

"ada...emm..kalau keluar air...emm..air mani...air mani tu apa abah?

"budak2 tak keluar lagi air mani...bila dah besar..baru keluar air tu...dan biasanya dia keluar bila kita mimpi.....tu yang Ma kata mimpi naik kapalterbang tu..Faham?"

"faham2...air mani tu warna bende....dia keluar kut mana, bah"....banyaklah tanya budak ni...

"warna putih....keluar ikut "anu"...bila keluar air nilah kita ada dalam hadas besar...masa ada dalam hadas besar ni kita tak boleh solat, pegang alquran...lebih kurang kalu dalam hadas kecil jugok...untuk kita nak solat kita kena mandi...namanya mandi wajib...faham dok?"

"faham doh, bah..."

"kalu faham...cuba khabor ke abah apa dia hadas besar dan hadas kecik?" kataku nak uji balik Azim.

"emmm.....kita hadas kecik bila wuduk kita batal sebab...kentut..emmm...hadas besar pulak ...emm....bila kita keluar air mani.....betul dok abah?"

"betullllll...camne kalu kita nok solat kalu dalam hadas besar?"

"kita kena mandi wajib....sekali je....bukan tiap2 kali nak solat..kan abah?"

"ya...sekali je...ada apa lagi dok faham....nanti nak tanya lagi...."

"ok..doh..Azim faham doh...kita nak solat masjid mana ni abah.?

Alhamdulillah.....dia dah faham setakat yang perlu difahami dalam usia mudanya.. 9 tahun...

Friday, June 26, 2009

Menanti di Barzakh

Ada kawan sms awal pagi ini pasal kematian Micheal Jackson dan melontarkan satu pertanyaan, "did he (MJ) indeed convert to islam or not"...

Aku sendiri tak pasti kesahihan cerite keislaman itu, tapi jika sekiranya benar, maka sebagai seorang saudara seislam aku doakan semoga akhiran hidup MJ dlm husnul khotimah...walaupun permulaan hidupnya dalam kesesatan...

Kita pula bermula dlm hidup dengan Islam tapi akhiran hidup kita belum tentu...

Pagi ini aku cuba memasukkan lagu nasyid yang sesuai dalam blogku ini dan apabila mendapat berita kematian MJ tersebut..terdetik hatiku untuk menjadikan "menanti di alam barzakh" sebagai lagu "background" bagi blogku ini...sememangnya kita semua dalam penantian ke alam barzakh...

Menanti di Barzakh

Ku Merintih, Aku Menangis,
Ku Meratap, Aku Mengharap,
Ku Meminta Dihidupkan Semula,
Agar Dapat Kembali Ke Dunia Nyata,

Perjalanan Rohku,
Melengkapi Sebuah Kembara,
Singgah Di Rahim Bonda,
Sebelum Menjejak Ke Dunia,
Menanti Di Barzakh,
Sebelum Berangkat Ke Mahsyar,
Diperhitung Amalan,
Penentu Syurga Atau Sebaliknya,

Tanah Yang Basah Berwarna Merah,
Semerah Mawar Dan Jugak Rindu,
7 Langkah Pun Baru Berlalu,
Susai Talkin Penanda Syahdu,
Tenang Dan Damai Di Pusaraku,
Nisan Batu Menjadi Tugu,
Namun Tak Siapa Pun Tahu Resah Penantianku,

Terbangkitnya Aku Dari Sebuah Kematian,
Seakan Ku Dengari,
Tangis Mereka Yang Ku Tinggalkan,
Kehidupan Disini Bukan Suatu Khayalan x2
Tetapi Ia Sebenar Kejadian x2

Kembali Oh Kembli,
Kembalilah Kedalam Diri,
Sendirian Sendiri,
Sendiri Bertemankan Sepi,
Hanya Kain Putih Yang Membaluti Tubuhku,
Terbujur Dan Kaku,
Jasad Terbujur Didalam Keranda Kayu,

Ajal Yang Datang Dibuka Pintu ,
Tiada Siapa Yang Memberi Tahu,
Tiada Siapa Pun Dapat Hindari,
Tiada Siapa Yang Terkecuali,
Lemah Jemari Nafas Terhenti,
Tidak Tergambar Sakitnya Mati,
Cukup sekali Jasadku Untuk Mengulangi,

Jantung Berdenyut Kencang,
Menantikan Malaikat Datang,
Mengigil Ketakutan Gelap Pekat Dipandangan,
Selama Ini Diceritakan x2
Kini Aku Merasakan x2
Dialam Barzakh Jasad Dikebumikan x2

Ku Merintih, Aku Menangis,
Ku Meratap, Aku Mengharap,
Ku Meminta Dihidupkan Semula,
Agar Dapat Kembali Ke Dunia Nyata,

Thursday, June 25, 2009

"Meet a teacher" session at An Najmi..

Last Saturday, I went to Tadika An Najmi accompanying my wife and Jia for her 'performance review' during the first semester. This is my first visit to An Najmi after registering Jia to this kindergarten.

An Najmi can be considered quite big compare to other private kindergartens in Dungun. They have more than 300 pupils with more than 10 classes. Jia is in class Amal for 5 years old pupils.

The "meet the teachers" session started at 11 am and we were the second parents scheduled to meet the teachers. We were among the earliest parents arrived, the session has yet started.

Eating area or canteen at An Najmi..

Inside one the classes....


Jia and her Ma waiting for their turn to meet the teachers..

When our turn came, we walked into a room and there were 3 Jia's teachers ready to tell my wife and I, what Jia had achieved for the last 5 months...I just sat there and let my wife did all the talking...the teachers were all women anyway...

"Nurjeha is a good girl, never disturb other pupils...has finished iqra' 1 and bacalah anakku 2...." so far so good..... but I was waiting for a 'negative' comments and from my experience with her brothers and sister, teachers will always reserve 'negative' comments for last and I was not wrong.....

"the only thing is she is quite sensitive...cannot talk loudly to her, she will cry albeit with no sound, only tears....when her friends said ,"don't want to be friend with her"...tears will come out from her eyes"..
Jia - one year old

Well, that is my Nurjeha....her sensitivity or "manja" maybe due to the fact that she is the youngest in the family....and maybe it is about time for her to have .....emmmmm...a younger sibling, perhaps?

Wednesday, June 24, 2009

Rumahku Berlangsir Baru..

Hari jumaat yg lalu pergi ke SMASKL hantar selipar dan duit belanja ke Nazrul...3 hari sebelumnya Nazrul call, " Abah, tolong mari hari jumaat ni pagi..pagi tahu sebelum solat jumaat"..."kenapa?" tanya aku curious.. "selipar yo hilang, ni pakai kasut sekolah je gi mana2" terang Nazrul...

Kesian pulak aku dengar rintihan anak kedua aku ini... Tak tahulah dah berapa banyak selipar yang hilang/rosak semenjak dia masuk asrama ni..yang last hilang ini adalah seliparku sendiri yang aku bagi minggu lepas selepas cuti sekolah...

Kami pergi bertiga je....Azim dan Kak Long memilih untuk tinggal dirumah Tokbak...

Jia tak pernah "bosan" mengikut aku dan zaujah pergi ke SMASKL

2 pasang selipar aku belikan untuk Nazrul...Tak tahulah berapa lama boleh bertahan...

Selesai hantar barang2 ke Nazrul....terus balik ke Dungun kerana Mekda dan keluarganya singgah dirumah sebab Nawi ada kerja di Kuantan.. Zaujahku orang yang paling gembira hari ini kerana Mekda datang membawa barang yang di pesannya...kain langsir baru...kata2 hikmat dari zaujahku..."biar rumah buruk..langsir kena cantik"...

"Raya lama lagi, nok pasang doh ke? buruklah nanti", tanya Tokma yang kebetulan hari tu ada dirumahku kerana ada orang tempah laksa 30 kilo..Bangsal laksa tokbak di tepi rumahku...

"dah ada ni... pasang teruslah...dok sabar nak tunggu raya," jawab zaujahku....naluri perempuan yang kadang2 tidak ku fahami...well..asalkan dia bahagia...... banyak yg dia terpaksa berkorban semenjak pindah ke Terengganu ni..

Upacara memasang langsir..Zaujah dibantu oleh tukang jahit langsir, Mekda..

Langsir yang siap dipasang...

Sementara itu anak2ku dan sepupu2nya menghabiskan masa mereka macam biasa...bermain2 ...lepas satu...satu...ps2, carom, monopoly. scrabble...habis mainan dalam kotak dikeluarkan...

Jia dan sepupunya dik nor..

Azim, din and abang long main scrabble...

Mekda dan keluarga pulang ke KT selepas solat maghrib meninggalkan Rumahku Yang Berlangsir Baru......

Thursday, June 18, 2009

Ke Melaka...Kenduri dan Rehlah (Hari Terakhir)

Ahad 7/6/2009, hari terakhir di Melaka...kami sekeluarga bertolak pulang lebih kurang pukul 9.00pg selepas breakfast...sebelum tu singgah di Carrefour Wangsa Maju untuk lepaskan perasaan rindu kami...Carrefour Wangsa Maju adalah pasaraya favourite kami sekeluarga semasa tinggal di Rawang...hampir setiap minggu kami akan ke situ.

Kata orang, " tempat jatuh lagi dikenang..inikan pula tempat shopping"....

"Carrefour" atau "crossroads" dalam bahasa Inggeris atau "persimpangan jalan" dalam bahasa melayu

Selepas shopping setakat yang perlu dan makan tengahari..kami ke Taman Tun Teja menziarah jiran lama shamzumi (juga xmrsmkt) dan keluarga..2 anak lelakinya baru sahaja lepas berkhitan..mereka berkhitan di hospital pusrawi, Ampang..tempat yang sama 2 anak lelakiku berkhitan..


Nazrul dan Azim berkhitan tahun 2007...Nazrul darjah lima dan Azim baru darjah satu..Azim berkhitan cara biasa..bius dekat 'anu'nya sahaja tapi Nazrul kena bius sepenuhnya kerana sebab2 "tertentu"...
Nazrul sedang menunggu giliran...

Azim ditemani Ma dan Tokbak menunggu giliran...

Azim dah selesai dan menunggu Nazrul yg masih dalam bilik pembedahan...bila ditanya sakit tak Azim?,,jawabnya "tak"..itu sebelum biusnya habis...selepas biusnya habis.."aduh..abah..sakit abah"...Azim merenggek...Tokbak tak tahan tengok cucunya kesakitan dan dia pun sama mengalirkan air mata...Tokbak memang sensitif orangnya...


Berehat di rumah....sehari selepas tu..ada complication..balutan Azim melekat dan tak boleh tanggal...terpaksa pergi semula ke hospital..dan masih terngiang2 ngauman Azim yang kecil tu diseluruh hospital memarahi nurse..."sakit la...sakit...sakit"..

Alhamdulillah..Allah telah memberi peluang untuk ku menjaga anak2 sepertimana yang dilakukan oleh ayahku semasa aku berkhitan dulu...walaupun yang lebih banyak berkorban masa dan tenaga menjaga kedua anak2 lelakiku ketika itu ialah zaujahku...

Lebih kurang pukul 3ptg..kami bertolak pulang ke terengganu...sempat juga semasa bergerak keluar dari taman tun teja..bersalam dengan jiran2 lama...mokcik, sofi dan azhar...sofi tengah sibuk dengan persiapan untuk perkahwinan anaknya yg sulong seminggu lagi..sempat lalu depan rumahku yg kini disewa oleh Pn Rina, seorang guru di selayang...tapi tak singgah..

Banyak pembangunan yang berlaku disekeling taman tun teja...Tesco sedang di bina..sekolah juga sedang dibina...nampak gayanya harga rumahku yang nak dijual tu naik lg....


Pembinaan Tesco sedang rancak berjalan...

Dalam perjalanan balik..tengok kereta berderetan menghala ke KL...orang baru habis cuti...betapa makmurnya rakyat malaysia jika dilihat dengan jumlah kereta yang banyak itu...teringat ayat AlQuran yg bermaksud," Dan nikmat Tuhanmu yang manakah yang engkau ingin dustakan", surah ar rahman ayat 13..

Kereta berderetan menghala ke Kuala Lumpur...

Selamat sampai di rumah pukul 9.30 mlm...Alhamdulillah segalanya selamat dan hasrat membawa anak2 berjalan semasa cuti sekolah kali ini tercapai jua....

Sunday, June 14, 2009

Nazrul pulang ke SMASKL

Semalam hantar nazrul pulang ke SMASKL...cuti sekolah dah habis...dalam perjalanan aku teringat semasa aku di MRSMKT dulu...dapat aku rasakan nazrul juga merasakan perasaan yg sama yg aku rasai setiap kali pulang ke asrama selepas cuti sekolah yg agak panjang...perasaan bercampur baur..antara sedih dan gembira..susah hendak digambarkan..

Aku sebenarnya cukup bangga dengan nazrul...walaupun SMASKL bukanlah secantik MRSM..dengan fasiliti yang cukup terhad...tapi dia boleh berkata, "sedap jugak duk kat SMASKL ni...angin nyaman je.." dia tidak melihat SMASKL sebagai tempat yg serba kekurangan tapi yang yg menyeronokkan..

Semasa mula2 duduk asrama dahulu..aku cukup risau kalau2 nazrul tidak dapat menyesuaikan diri sepertimana Kak Longnya di SMTTM tapi jangkaanku meleset sekali...nazrul yg cukup cerewet mengenai makanan(selalu lebih pada orang lain)...a lone ranger(susah dan memilih kawan)...dan ber"Fe'el...dapat sesuaikan diri..

Doaku semoga dia dapat menerima tarbiyyah di SMASKL sepenuhnya dan menjadi anak yang sepertimana kata Mudir SMASKL , Ustaz Rohmat - CERDIK, JURUH dan BOLEH TUMPANG bila besar nanti...insyaAllah.

Angkat beg...

Sampai di SMASKL..


2 blok bangunan di SMASKL..

Dr. Fathi Yakan Died


Islamic Action Front leader Fathi Yakan, an ifluenced cleric, died after he was hospitalized in serious condition on Friday night, Lebanese media reported.

Islamic Action Front , who denied the reports earlier, confirmed on Saturday that its leader Yakan had died, Naharnet news agency said.

Voice of Lebanon radio said erlier that Yakan died at Hotel Dieu Hospital where he was hospitalized the night before.


Sheikh Fathi Yakan, an Islamic cleric, was born in 1933 in Tripoli. He held a seat in the parliament of Lebanon in 1992.

He became involved in Islamic work in Lebanon in the mid 1950s and was a pioneer in the establishment of the Islamic Movement. Dr. Fathi Yakan is a prominent Islamic scholar and caller. he was born in Tripoli, north of Lebanon, on the 9th of February 1933.

With a Ph.D. in Arabic and Islamic Studies, Sheikh Yakan was among the pioneers of the Islamic movement in the 1950s. He was also the General Secretary of the Lebanese Al-Jamaa Al-Islamiya from 1962 until 1992 when he won his seat in the Lebanese parliament. He is a key activist on the political stage, which was very clear during the 1996 elections.

Sheikh Yakan initiated a political effort between PM Fouad Saniora and his allies on the one hand and the opposition in a bid to end the rule crisis in the wake of the 2006 Israeli war on Lebanon.

As a key figure in the Lebanese National Opposition, he headed prayers for Sunnis and Shiites on Friday, December 8, 2006 and called in his speech for the unity of Muslims against Israeli plots and schemes.

Dr. Yakan was married to Mrs Mona Haddad with whom he had established a private Islamic university (Al-Jinan University). He has four daughters and a son.
Sheikh Yakan was known for his support for resistance movements in Lebanon and the Arab and Islamic worlds.

He described the 2006 victory as one for Lebanon and the whole nation, Sunnis before Shiites, “because the project of the resistance is not only Lebanese project but a global one.”

The Islamic scholar also played a significant role in mending fences between political parties in the region. He was the mediator between the Islamic brotherhood in Syria and President Bachar Assad. He also played the same role between Syria and Turkey between 1998 and 1999, in the wake of the Syria-Turkey crisis.

He is the author of more than 35 books, some of them were translated into many languages.

--Dr Fathi Yakan merupakan salah satu ulamak yang terawal yang aku kenali semasa mula meminati Islam dan terlibat dalam gerakan islam..antara bukunya yang paling popular dan menjadi rujukan sehingga kini ialah Apa ertinya Saya Menganut Islam, semoga Allah merahmati beliau dan memberi kesabaran ke atas keluarga beliau--

Thursday, June 11, 2009

Ke Melaka....Kenduri dan Rehlah (hari kedua)

Hari kedua (6/6/09) - aku terkejut dengan bunyi alarm dari handphone (tah sapa punya) pkl 5.00pg...berpeluh2 sebab tak kena kipas dan aircond tak berfungsi...pindah tempat tidur kat bawah kipas sebelah nazrul..fuh baru lega sikit..masih gelap lagi...tengok sekitar bilik...pok li dan angah tidur atas sofa, pok teh kat tepi sebelah kanan...azim dan along sebelah kiri...

Sayup2..bunyi2 dengkuran semakin jauh kudengari..tertidur balik rupanya....kepenatan...

Pihak pengantin lelaki sediakan rumah (homestay) 3 bilik..agak luas juga...kaum adam tidur kat luar dan kaum hawa kat dalam bilik...Pihak Pengantin lelaki juga menghantar makanan pagi..nasi goreng dan karipap...cukup istimewa betul layanan orang Melaka ni..moga2 Allah membalas segala jasa baik mereka..


Pemandangan sekitar rumah tumpangan....


...actual check out time ..5.00pm...

Waktu menghantar pengantin pukul 2.30ptg......pagi tu Pok Teh ajak pusing2 bandar Melaka dan singgah di Seri Malaysia, Air Keroh kerana ada sepupu hendak ikut kekenduri.... berkonvoilah kami tiga kereta..aku, pok teh dan pok li...tiba di Seri Malaysia semasa hujan lebat....sepupu tak jadi nak ikut sebab kursus tak habis lagi...balik semula ke rumah tumpangan ...

Kebanggaan Hotel Seri Malaysia Ayer Keroh???

Pukul 2.30ptg siap untuk hantar pengantin...keretaku dijadikan kereta pengantin....lain2 rombongan jalan kaki je sebab dekat je ke tempat kenduri...cahaya matahari begitu terik sekali...

Beberapa "professional photographers" ready for action..

Salah seorang "professional photographer"....boleh tengok hasil kerjanya di sleinparker@photopages

Setia menunggu......

Jia dengan senyum simpulnya..

Iskandar dengan dunianya tersendiri...

Sampai saja 100m dari rumah pengantin, kami berkumpul untuk berarak tapi terpaksa bersurai sebab pasukan kompang tak sampai lagi...kesian tengok pengantin dan baby pijah...maka keretaku menjadi tempat berteduh sementara waktu....

Rombongan berjalan kaki sampai....


Siap untuk berarak...tapi kensel...pasukan kompang tak sampai lagi..


Rafeeq tenang walaupun dibawah cahaya matahari yang terik...


Kerete Pokdi menjadi penyelamat kepada yang memerlukan...

20 minit kemudian barulah pasukan kompang tiba dan upacara perarakan dan selanjutnya diteruskan....
Pasukan kompang baru tiba...on your mark..


get set......


go....


and go...


and go...


and eat..

and eat..

and gone....berjalan pulang..

Rombongan kami telah disambut mesra dan diberi layanan yang cukup istimewa oleh pihak pengantin lelaki, menjadi tumpuan kepada tetamu2 yang datang....dan ada kedengaran suara2 dari tetamu memuji rombongan kami.."cantik2 orang terengganu ye"....

Rombongan dari Terengganu dan Pengantin

Selepas semuanya selesai, aku bertolak ke Taman Air Molek untuk ziarah sahabat lama, akhi Kherman yang sekarang ini bekerja sebagai Timbalan Pengetua MRSM Muar. Terpandang baju T yang dipakainya...Ansara Seremban 1977-2009 friends for life..imemang bila kita membesar bersama selama 5 tahun...kita akan merasakan ikatan friendship yg cukup kuat sampai bila2..itu yang aku rasai sebagai xmrsmKT dan akhi kherman sebagai xmrsm seremban.

Akhi kherman kukenali semasa di Fresno, California..dua tahun lebih tua dari ku..banyak yang ingin ku perbualkan tetapi masa tidak mengizinkan lebih2 lagi keluarga ikut bersama..Alhamdulillah dalam kesibukan kenduri dan berrehlah dengan keluarga, dapat juga aku kenalkan zaujah dan anak2 ku dengan salah seorang sahabatku yang sama2 melalui proses tarbiyyah semasa di USA.

Selepas ziarah, rancangan asalnya nak ke rumah Muna di Bangi...tapi memikirkan jarang2 dapat berkumpul dengan saudara mara..aku ke A Famosa Resort untuk bersama2 dengan rombongan yang lain..Selin (sleinparker) telah menempah kondo kepunyaan syarikatnya...Beverly hills Tower 2..

Pemandangan Depan Kondo..

Pemandangan di Lobby dengan penyambut tetamu..Miss Jia

Dr Irwan dan patients..opps..silap...peminat..

Pemandangan dari balcony kondo tingkat 16, bilik 1510..

BUKU-BUKU TERKINI DARI TELAGA BIRU


Get paid for your opinions! Click on the banner above to join Planet Pulse. Its totally free to sign up, and you can earn UNLIMITED. Find out more by visiting PLANET PULSE.
Program SMS Prepaid Terunggul Dari MYeCASH