Saturday, July 17, 2010

Understanding Engineers (4)

A priest, a doctor, and an engineer were waiting one morning for a particularly slow group of golfers. 

The engineer fumed, "What's with those blokes? We must have been waiting for fifteen minutes!" 

The doctor chimed in, "I don't know, but I've never seen such inept golf!" 

Saturday, July 10, 2010

Understanding Engineers (3)



An unknown Joker once said,

The graduate with a science degree asks, "Why does it work?"

The graduate with an engineering degree asks, "How does it work?" 

The graduate with an accounting degree asks, "How much will it cost?" 

The graduate with an arts degree asks, "Do you want fries with that?"

No offense to the graduate of arts degree....

Friday, May 14, 2010

Mengajar Bukan Kerana Nama..

24/5/2010, bermula satu lagi pengalaman baru dalam hidup saya iaitu sebagai Penceramah untuk kursus CIDB yang dianjurkan oleh Universiti Malaysia Pahang dibawah Jabatan Center for Further Education (Cenfed).

Alhamdulillah, rasanya saya dapat menyampaikan ceramah mengenai Pengurusan Modul Business dengan berkesan kerana selepas hasil kaji selidik yang saya berikan kepada peserta, respon yang diberi agak memberansangkan. Daripada nilai 1-10, dimana 10 adalah terbaik, purata nilai yang diberikan kepada ceramah saya adalah 8, not bad for the first timer, although masa di Techart dulu saya memang biasa mengendalikan kursus untuk kakitangan Tapak.

Sememang dari dulu, saya cukup minat untuk mengajar dan selepas pulang dari Oversea dulupun saya pernah mengajar di Sekolah Yayasan Terengganu sebelum memulakan karier sebagai Jurutera.

I'm looking forward to the next kursus which tentatively scheduled from 26/6/2010 to 28/6/2010. Harap-harap jumlah peserta akan mencukupi otherwise kena postponelah..

Suasana semasa kursus


Thursday, April 22, 2010

Menulis bukan kerana nama..

Sudah agak lama rasanya..lebih kurang 4 bulan saya tidak menulis di blog ini..kadang-kadang terfikir juga ada ke orang baca apa yang ditulis diblog ini...adakah ianya seperti rumput-rampai dicelah-celah pepohon bunga-bungaan yang berwarna-warni dengan bau-bauan yang mewangi..tidak terpandang oleh mata...tidak terbau oleh hidung...apatah lagi semakin hari semakin banyak pepohon bunga yang ditanam selain rumput rampai yang juga semakin menjalar.

Memang hajat di hati untuk menulis sekerap mungkin dengan topik yang pelbagai..namun apakan daya ada saja halangan yang datang...kekadang dalam bentuk kerja....keluarga..dan tidak sedikit ianya kerana kelemahan dan kekurangan empunya diri...

19hb May ini genaplah setahun blog ini berada di alam siber...semoga sedikit sebanyak artikel yang tercatat dalam blog ini memberi manafaat kepada saya dan juga pembaca.

Teringat saya kepada komen kawan lama saya apabila dia terbaca blog saya ini diawal dulu, katanya, "apa yang kau merepek dalam blog kau ni"...walaupun kata-katanya hanyalah sebagai gurauan tapi saya terima komen tersebut sebagai komen yang positif untuk saya menilai apa yang saya tulis sebelum di publishkan.

Akhir kalam buat kali ini setelah rehat yang agak lama...terimalah lagu Bukan Kerana Nama oleh Ramli Sarip...ya benar AKU MENULIS BUKAN KERANA NAMA.....


Wednesday, January 20, 2010

Saya dan Kherman

Cuti sekolah yang lalu, saya dikunjungi teman lama , Kherman Shah Ibrahim juga seorang bekas pelajar mrsm i.e Seremban dan pernah menjadi teman serumah semasa saya di Fresno, California. Kunjungan ini merupakan kunjungan balasnya selepas saya mengunjungi rumah nya pada bulan June yg lalu.( ceritanya sini).

Saya dan Kherman bertemu dan menjadi sahabat di atas dasar ukhuwwah islam dalam satu jamaah melalui manhaj tarbiyyah yang sama-sama kami lalui di sana. Walaupun kini, kami masing-masing mempunyai haluan masing-masing namun dalam hati saya, kenikmatan ukhuwwah yang pernah saya rasai bersama Kherman dahulu masih segar dalam ingatan saya.

Perancangan Allah jua yang menyebabkan saya tidak lagi bersama dengan jamaah tersebut, namun ukhuwwah islam dengan sahabat-sahabat sejamaah dahulu masih tidak putus, dan saya amat kagum dengan sebahagian besar sahabat-sahabat sejamaah saya dahulu yang begitu banyak mengorbankan masa dan harta mereka kejalan Allah. Semoga Allah SWT menerima segala usaha2 mereka.

BUKU-BUKU TERKINI DARI TELAGA BIRU


Get paid for your opinions! Click on the banner above to join Planet Pulse. Its totally free to sign up, and you can earn UNLIMITED. Find out more by visiting PLANET PULSE.
Program SMS Prepaid Terunggul Dari MYeCASH