Thursday, December 27, 2012

Kembara Di Bumi Uncle Sam 6: City of Fresno, California



Bandar Fresno (sebutan Freznoh) adalah sebuah bandar di tengah Negeri California, USA, merupakan ibu daerah bagi daerah (county) Fresno. Semasa aku sampai di Fresno, jumlah penduduknya lebih kurang 300,000 orang. Menikut statistik terkini, jumlah penduduknya telah bertambah kepada 500,000 pada tahun 2012. Majoriti penduduk Fresno adalah berketurunan Mat Salleh, diikuti dengan orang Hispanic , Black, Asian dan sedikit Native American (penduduk asal).

Fresno terletak 320 km ke utara Los Angeles(LA), 303 km ke selatan San Francisco dan 270 km ke selatan Sacramento, ibu negeri California . Nama Fresno adalah nama bagi pokok ash dalam bahasa Sepanyol yang banyak terdapat di Fresno dan daun pokok ash merupakan simbol yang terdapat pada bendera untuk bandar Fresno.




Kedudukan Fresno yang terletak berdekatan pusat geography California memberi kelebihan kepada Fresno dari segi jarak ke beberapa pusat rekreasi yang besar antaranya Yosemite National Park (97 km), Sierra National Forest (64 km), Kings Canyon National Park (97km) dan Sequoia National Park (121 km). Aku sempat melawat dua tempat tersebut iaitu Yosemite National Park dan Sequoia National Park.

Yosemite Park, California - 1984

Sequoia National Park, California - 1987
Cuaca Fresno agak sederhana sejuk serta lembab pada musim sejuk dan panas serta kering pada musim panas. Bulan December dan Januari merupakan bulan paling sejuk dengan purata suhu 12.8 °C pada siang hari. Pada musim panas terutamanya bulan July, suhu boleh 
mencapai 45.0 °C.

Begitulah sedikit sebanyak maklumat mengenai Fresno yang menjadi tempat 
bermaustatinku selama 9 bulan dari Februari 1984 hingga Awal September 1984 
sebelum berpindah ke Portland Oregon.

Monday, December 24, 2012

Kembara di Bumi Uncle Sam 5 : Tiba di Fresno, California 2

Setelah mengangkat barang2 kedalam kereta Grandpa, kami meninggalkan Lapangan Terbang Fresno yang kenali sebagai Fresno Air Terminal. Pada tahun itu (1984), Fresno Air Terminal hanya airport kecil untuk penerbangan dalam negeri sahaja.

Fresno Air Terminal
Gambar dalam Fresno Air Terminal - 1984
Namanya telah ditukar kepada Fresno Yosemite International Airport pada tahun 1996 dan menjadi airport international sepenuhnya pada tahun 2006.



Jarak dari airport ke rumah grandpa lebih kurang 7km sahaja dan mengambil masa 15 minit melalui jalan East Clinton Ave, North Chestnut Ave, masuk ke Cedar Ave sebelum keluar melalui Platt Ave dimana rumah grandpa terletak. Aku tidak banyak bercakap sepanjang perjalanan tersebut kerana terlampau excited dan masih tak percaya yang aku sudah sampai dan menjejak kaki ke negara yang selama ini hanya aku kenali melalui cerita combat, superman dan little house on the prairie.

Selepas sampai di rumah grandpa, kami ditunjukkan kepada bilik kami dan grandpa membiarkan kami untuk mengemaskan barang-barang kami. Bilik agak selesa dengan 2 katil serta wardrobe yang berasingan. Beberapa ketika grandpa memanggil kami dan menunjukkan bilik air untuk kami gunakan dan menanyakan samada kami ingin apa-apa minuman. Tekakku memang terasa haus tapi seperti biasa adab melayu, kami jawab, "No, thank you". Aku mengharapkan supaya grandpa akan bagi juga minuman sepertimana adab orang melayu walaupun tetamu kata tak nak, disediakan juga. Malangnya, bila mendengar kata-kat kami tu, grandpa pun kata, "ok then, see u guys tomorrow , have a good rest, good night". Itulah first lesson yang aku belajar mengenai mat salleh, tiada cakap berlapis punya, when u say no, u should mean no. Malam tu kami tidur nyenyak setelah travel selama hampir 20 jam kerana penat walaupun dengan tekak yang sangat haus ...bersambung...


Thursday, December 20, 2012

Kembara Di Bumi Uncle Sam 4: Keluarga Angkat

                         Rumah keluarga angkat betul2 dibelakang pokok

Mr. Jefferson(Grandpa) dan Mrs Jefferson(Grandma) tinggal berdua sahaja di sebuah rumah banglo sederhana besar di Platt Ave, sebuah penempatan yang untuk golongan sederhana dan kebanyakan penduduknya adalah dari kalangan caucasian atau kita panggil 'mat salleh'. Rumah mereka mempunyai 3 bilik tidur,2 bilik air, dapur beserta ruang tamu yang mempunyai 'fire place' . Tanah yang agak lapang di bahagian depan serta terdapat sebuah bengkel kerja dibahagian belakang.

Seperti kebanyakan rumah di USA, rumah mereka tidak berpagar. Rumah mereka dikatakan ini dibina pada tahun 1930 dan  dibuat daripada kayu.

Grandpa telah bersara, namun masih mempunyai bengkel kimpalan di belakang rumah untuk membuat kerja-kerja kimpalan besi sebagai part time. Salah satu hasil kerja yang ditunjukkan kepada kami ialah alat- alat besi untuk 'fire place' spt tong and poker.Grandma pula seorang guru yang juga sudah bersara.

                                   Peralatan untuk 'fire place' (gambar hiasan)

Grandpa dan grandma mempunyai 3 orang anak yang telah berkahwin dan tidak lagi tinggal bersama mereka.  Selama aku tinggal dengan mereka hanya sekali dapat berjumpa dengan salah seorang anaknya yang datang melawat dan bertanya kabar serta membawa cucu bertemu dengan datuknya. Kemungkinan kerinduan mereka kepada cucu-cucu menyebabkan mereka meminta kami memanggil mereka sebagai grandpa dan grandma...Allahua'lam....bersambung...

Tuesday, December 18, 2012

Kembara di Bumi Uncle Sam 3 : Tiba Di Fresno, California 1

Penerbangan dari Narita ke San Francisco mengambil masa lebih kurang 11 jam iaitu selepas 3 kali makan and 2 movies...Setelah selesai urusan imegresen kami berehat sementara menunggu penerbangan kami seterusnya ke Fresno, California.

Penerbangan kami ke Fresno mengambil masa 45 minit dan kami tiba lebih kurang pukul 5.30ptg tapi keadaan diluar macam pukul 8.00mlm di Malaysia. Ketika itu, waktu siang lebih pendek dari waktu malam kerana walaupun sudah bulan february tapi masih dalam musim sejuk. Fresno juga dikenali dengan 'The Best Little City In the USA'.




Kedatangan kami disambut oleh wakil pelajar di Fresno dan juga keluarga angkat Amerika. Setiap 2 pelajar ditempatkan ke satu keluarga angkat. Alhamdulillah, aku di gabungkan dengan Shakirin, bekas pelajar MRSM Kulim yang aku telah kenali semasa lawatan pelajar MRSM KT ke MRSM Kulim tahun sebelumnya. Seorang yang agak mature dari segi perwatakan dan pemikiran serta dianugerahkan Allah dengan tubuh yang agak tinggi, cukup perlu untuk menolong aku mengharungi hidup di sini memandangkan perwatakanku yang seakan-akan kebudak-budakan, terutamanya dari segi saiz badan....

Kami diperkenalkan kepada keluarga angkat kami seorang demi seorang. Tiba gilirin aku dan Shakirin, nama Mr. Jefferson (bukan nama sebenar) dan Mrs. Jefferson dipanggil untuk diperkenalkan kepada kami. Aku bersalaman dengan Mr. Jefferson yang agak berumur, rasaku telah lebih dari 70 tahun dan say 'hi' kepada isterinya yang nampak lebih muda mungkin dalam lingkungan akhir 50an.

Mr. Jefferson dan Mrs Jefferson akan menjadi keluarga angkat kami selama kami mengambil kursus intensif bahasa inggeris sebelum memasuki University. Bermulalah kehidupan aku sebagai salah seorang anak angkat kepada Mr dan Mrs Jefferson yang kemudiannya kami panggil sebagai Grandpa dan Grandma.....bersambung...



BUKU-BUKU TERKINI DARI TELAGA BIRU


Get paid for your opinions! Click on the banner above to join Planet Pulse. Its totally free to sign up, and you can earn UNLIMITED. Find out more by visiting PLANET PULSE.
Program SMS Prepaid Terunggul Dari MYeCASH