Alhamdulillah...saya dapat rasakan kemeriahan Eidul Fitri tahun ini tidak berkurangan malah bertambah lagi memandangkan kami pada kali ini bukan sahaja menjadi tetamu tetapi juga menerima tetamu...terutamanya surprised visit dari sahabat2 lama..
Alhamdulilllah juga, pada sambutan eidul fitri kali ini, saya dapat menziarah kesemua adik beradik arwah ayahanda dan arwah bonda yg masih hidup..Su Merah, Cik de dan Su Lebar..memang nama2 mereka agak pelik tapi itulah panggilan manja yg kami diperkenalkan dari kecik. Dalam pada itu dapat juga menziarah adik-beradik Bapak Mertua di Rantau Abang dan Besut.
Sempat juga buat 2 kali rumah "separuh terbuka" untuk meraikan adik beradik sebelah isteri dan adik beradik sebelah saya..
Satu Syawal - Ke rumah mertua, rumah Pok lan, rumah Su Mah, rumah Su Merah dan rumah Cik De di Dungun, rumah Kanda Maimun di Paka, anak2 jiran datang beraya, adik beradik isteri datang beraya dirumah.
Dua Syawal - Jiran lama dari Rawang, Pok Lang singgah tapi sempat jumpa luar pagar je sebab dah janji dengan keluarga2 lain nak ke KT. Ke rumah Su Lebar dan Ayah Ngah Man di Rantau Abang, rumah Mek Da di Gong Badak, rumah kanda Mokhtar dan rumah Md Atan di Seberang Takir, rumah Hazmi di Jalan Kamaruddin (jumpa dengan sahabat2 Tn Hj Meli, Mohd Taib dan Hamzah), bermalam di rumah Mek Da.
Tiga Syawal - Ke rumah Pok Teh Ya di Besut (dapat makan ikan siakap dan kerapu segar tangkap sendiri)
Empat Syawal - Beraya ke rumah Kanda Ustaz Rohmat (Mudir Smaskl).Tn Hj Meli (Timbalan YDP Haluan Pahang) singgah dengan keluarga dalam perjalanan balik ke Kuantan. Buat Rumah "Separuh Terbuka" untuk keluarga adik-beradik sebelah isteri. Kanda Maimun dan anak-anaknya dari Paka datang beraya. Beraya ke rumah kanda Ramli.
Antara program Haluan yg di hadiri oleh Tn Hj Ramli (Meli adalah nama singkatnya semenjak dari tingkatan satu di MRSM KT lagi).
Lima Syawal - Jiran di Rawang, Shamzumi singgah dengan keluarga dalam perjalanan balik ke Rawang. Pok Teh Ya datang dari besut beraya dengan keluarga. Buat Rumah "separuh Terbuka" untuk keluarga adik-beradik sebelah saya.
Enam Syawal - Hadir ke kenduri kahwin anak Noni di Paka dan kenduri kahwin anak sepupu di Bukit Payung, singgah beraya ke rumah anak saudara , Herman, orang kuat Pekida marang.
Tujuh Syawal - Hantar Nazrul balik ke Smaskl. Kawan lama di projek Lebuhraya Pantai Timur 2 Che Roni yg juga abang kepada Dr Norhissam Mustafa (pengasas Rawatan Komplimentari Insaniah) singgah dengan keluarga dari Kelantan dalam perjalanan balik ke Johor.
1 comment:
Ir,
patutlah tinggalkan KL...rumah dia tepi pantai rupanya.
Salam Aidil Fitri dari saya
Post a Comment