Monday, March 28, 2011

Jika tidak malu, kerjakanlah apa yang dikehendaki

Entry ini adalah artikel lama tahun 2009 yg baru di publishkan...

Semalam saya pergi menghadiri satu lagi rumah terbuka Eidul Fitri yang diadakan oleh rakan sekerja di Kerteh. Tak, tajuk di atas tiada kena mengena dengan rumah terbuka tersebut. Tajuk di atas saya ambil dari hadith sahih  yg diriwayatkan oleh Imam Bukhari rhm dan dipilih sebagai Hadith ke 20 dalam Matan Arba'in susunan Imam Nawawi rhm. Matan Hadis yg diterjemahkan berbunyi,

"Dari Abi Mas'ud 'Uqbah bin Amru al Al-Ansari al-Badri radiyallahu 'anh, katanya: Rasulullah SAW bersabda: Bahawasanya setengah yang didapati manusia dari perkataan nabi yang terdahulu; ialah apabila engkau tidak malu maka kerjakanlah apa yang engkau kehendaki."


Dalam perjalanan pulang dari rumah terbuka di atas, saya sampai di satu kawasan yang memang menjadi kegemaran Mat Rempit/Pelesit Jalanan/Samseng Jalanan menunjukkan kebodohan mereka. Kawasan tersebut memang terkenal di bandar dungun iaitu di jalan utama paka - dungun bermula dari lampu isyarat dekat Sek Men Sains Dungun hingga ke lampu isyarat ke Jalan Melati (lebih kurang 300m dari balai polis Dungun).


Semasa saya sampai di situ, telah ramai Mat Rempit berkumpul dan perlumbaan awalan...seorang Mat Rempit sedang menyahut cabaran bodoh seorang lagi Mat Rempit sedang berjalan betul2 di hadapan saya. Masa sedang menunujukkan pukul 7.20 pm. Sembahyang magrib secara berjamaah sedang di jalankan di masjid dan surau , sembahyang bersendirian sedang dijalankan dirumah2, setengah manusia sedang mempercepatkan perjalanan pulang kerumah termasuk saya untuk mengejar waktu maghrib yg tidak berapa panjang...namun dalam keadaan manusia2 tersebut mengingati Allah SWT terdapat segolongan makhluk Tidak Tahu Malu, sedang mencari kemurkaan Allah SWT dan kemarahan manusia2 lain. Nauzubillah...Aku berlindung dari Mu Ya Allah dari kemurkaanMu dan kemarahan hamba2MU yang soleh..

Inilah yang dimaksudkan oleh Hadth di atas, " apabila engkau tidak malu maka kerjakanlah apa yang engkau kehendaki.".  walaupun nampak semacam suruhan tapi sebenarnya ianya merupakan sebuah ancaman, ....

Sikap tidak malu inilah yang menyebabkan anak muda merempit ketika waktu maghrib, orang dewasa berdansa di kelab2 malam sehingga pagi dan orang2 tua mengunjungi kelab2 dangdut saban malam tanpa jemu....

No comments:

BUKU-BUKU TERKINI DARI TELAGA BIRU


Get paid for your opinions! Click on the banner above to join Planet Pulse. Its totally free to sign up, and you can earn UNLIMITED. Find out more by visiting PLANET PULSE.
Program SMS Prepaid Terunggul Dari MYeCASH