Tuesday, April 7, 2015

Kembara di bumi Uncle Sam 7 : Pagi pertama di Fresno...2nd lesson..

Suasana musim sejuk yang masih terasa dicampur dengan keletihan yang amat sangat menyebabkan aku tidur dengan begitu lena pada malam pertama di Fresno. Sedar-sedar aku dikejutkan oleh Shakirin untuk solat subuh pertama  di bumi Uncle Sam. Alhamdulillah, Allah kurniakan aku seorang roomate yang sentiasa ingatkan aku kepada Allah SWT.

Pagi tu aku mandi buat pertama kalinya  dalam bath tub menggunakan shower air panas. Orang kampung Pak Sabah, Dungun ini merasa begitu teruja sehingga tidak menyedari bilik mandi basah hasil limpahan air shower tersebut. Disebabkan kebiasaan bilik mandi di malaysia sentiasa basah aku dan shakirin tidak perasan perkara ni.

Sedang kami bersiap-siap didalam bilik, pintu bilik diketuk oleh grandpa. "mohamad!, rosdi!, can i come in?", grandpa bersuara. (mohamad adalah panggilan untuk shakirin, nama pertama dia). Pintu bilik kubuka dan nampak grandpa tercegat dengan muka yang sedikit marah. "Come with me...you too mohamad..", ajak grandpa. Kami ikut grandpa tanpa sepatah suara...takut...

Grandpa membawa kami kedalam bilik air yang kami gunakan untuk mandi pagi tadi dan bertanya, " Do you have anything to say about this ?". Kami lihat dalam bilik air tersebut dan tidak tahu apa kesalahan kami so kami diam je..Melihat kami macam termanggu-manggu tidak faham apa kesalahan kami, grandpa mula kendur sedikit dan berkata, "you see, if you guys want to take a shower, please make sure the lower end of the curtain inside the bath tub so that the water will not spill out and wet the bathroom floor, it was my fault not to tell you guys before, I thought you guys knew".

Barulah kami faham kesalahan kami dan berjanji tidak akan buat lagi..Kami sempat berlawak sambil berkata, " we are from the village, never use the bath tub with shower before and our bathroom are always wet...". Itulah 2nd lesson yang aku pelajari dari Grandpa..selain daripada tahu macam mana nak letakkan langsir shower...pelajaran yang lebih utama sikap grandpa yang boleh terima ianya juga kesalahan dia kerana tak ajar kami terlebih dahulu.


 Gambar hiasan: kedudukan shower curtain sepatutnya..di dalam bath tub

"Breakfast is ready dear," jerit grandma dari dapur kepada grandpa. Grandpa minta kami bersiap untuk breakfast. Kami balik ke bilik sekejap sebelum ke dapur untuk breakfast. Dalam perjalanan ke dapur melalui bilik air tadi, kami ternampak grandpa dalam usia 70an tu sedang mengelap air di lantai yang basah tu......bersambung




BUKU-BUKU TERKINI DARI TELAGA BIRU


Get paid for your opinions! Click on the banner above to join Planet Pulse. Its totally free to sign up, and you can earn UNLIMITED. Find out more by visiting PLANET PULSE.
Program SMS Prepaid Terunggul Dari MYeCASH