Suasana musim sejuk yang masih terasa dicampur dengan keletihan yang amat sangat menyebabkan aku tidur dengan begitu lena pada malam pertama di Fresno. Sedar-sedar aku dikejutkan oleh Shakirin untuk solat subuh pertama di bumi Uncle Sam. Alhamdulillah, Allah kurniakan aku seorang roomate yang sentiasa ingatkan aku kepada Allah SWT.
Pagi tu aku mandi buat pertama kalinya dalam bath tub menggunakan shower air panas. Orang kampung Pak Sabah, Dungun ini merasa begitu teruja sehingga tidak menyedari bilik mandi basah hasil limpahan air shower tersebut. Disebabkan kebiasaan bilik mandi di malaysia sentiasa basah aku dan shakirin tidak perasan perkara ni.
Sedang kami bersiap-siap didalam bilik, pintu bilik diketuk oleh grandpa. "mohamad!, rosdi!, can i come in?", grandpa bersuara. (mohamad adalah panggilan untuk shakirin, nama pertama dia). Pintu bilik kubuka dan nampak grandpa tercegat dengan muka yang sedikit marah. "Come with me...you too mohamad..", ajak grandpa. Kami ikut grandpa tanpa sepatah suara...takut...
Grandpa membawa kami kedalam bilik air yang kami gunakan untuk mandi pagi tadi dan bertanya, " Do you have anything to say about this ?". Kami lihat dalam bilik air tersebut dan tidak tahu apa kesalahan kami so kami diam je..Melihat kami macam termanggu-manggu tidak faham apa kesalahan kami, grandpa mula kendur sedikit dan berkata, "you see, if you guys want to take a shower, please make sure the lower end of the curtain inside the bath tub so that the water will not spill out and wet the bathroom floor, it was my fault not to tell you guys before, I thought you guys knew".
Barulah kami faham kesalahan kami dan berjanji tidak akan buat lagi..Kami sempat berlawak sambil berkata, " we are from the village, never use the bath tub with shower before and our bathroom are always wet...". Itulah 2nd lesson yang aku pelajari dari Grandpa..selain daripada tahu macam mana nak letakkan langsir shower...pelajaran yang lebih utama sikap grandpa yang boleh terima ianya juga kesalahan dia kerana tak ajar kami terlebih dahulu.
Gambar hiasan: kedudukan shower curtain sepatutnya..di dalam bath tub
"Breakfast is ready dear," jerit grandma dari dapur kepada grandpa. Grandpa minta kami bersiap untuk breakfast. Kami balik ke bilik sekejap sebelum ke dapur untuk breakfast. Dalam perjalanan ke dapur melalui bilik air tadi, kami ternampak grandpa dalam usia 70an tu sedang mengelap air di lantai yang basah tu......bersambung
Showing posts with label Kembara Di Bumi Uncle Sam. Show all posts

Tuesday, April 7, 2015
Thursday, December 27, 2012
Kembara Di Bumi Uncle Sam 6: City of Fresno, California
Bandar Fresno (sebutan Freznoh) adalah sebuah bandar di tengah Negeri California, USA, merupakan ibu daerah bagi daerah (county) Fresno. Semasa aku sampai di Fresno, jumlah penduduknya lebih kurang 300,000 orang. Menikut statistik terkini, jumlah penduduknya telah bertambah kepada 500,000 pada tahun 2012. Majoriti penduduk Fresno adalah berketurunan Mat Salleh, diikuti dengan
orang Hispanic , Black, Asian dan sedikit Native American (penduduk
asal).
Fresno terletak 320 km ke utara Los Angeles(LA), 303 km ke selatan San Francisco dan 270 km ke selatan Sacramento, ibu negeri California . Nama Fresno adalah nama bagi pokok ash dalam bahasa Sepanyol yang banyak terdapat di Fresno dan daun pokok ash merupakan simbol yang terdapat pada bendera untuk bandar Fresno.

Kedudukan Fresno yang terletak berdekatan pusat geography California memberi kelebihan kepada Fresno dari segi jarak ke beberapa pusat rekreasi yang besar antaranya Yosemite National Park (97 km), Sierra National Forest (64 km), Kings Canyon National Park (97km) dan Sequoia National Park (121 km). Aku sempat melawat dua tempat tersebut iaitu Yosemite National Park dan Sequoia National Park.
![]() |
| Yosemite Park, California - 1984 |
![]() |
| Sequoia National Park, California - 1987 |
Cuaca Fresno agak sederhana sejuk serta lembab pada musim sejuk dan panas serta kering pada musim panas. Bulan December dan Januari merupakan bulan paling sejuk dengan purata suhu 12.8 °C pada siang hari. Pada musim panas terutamanya bulan July, suhu boleh
mencapai 45.0 °C.
mencapai 45.0 °C.
Begitulah sedikit sebanyak maklumat mengenai Fresno yang menjadi tempat
bermaustatinku selama 9 bulan dari Februari 1984 hingga Awal September 1984
sebelum berpindah ke Portland Oregon.

Monday, December 24, 2012
Kembara di Bumi Uncle Sam 5 : Tiba di Fresno, California 2
Setelah mengangkat barang2 kedalam kereta Grandpa, kami meninggalkan Lapangan Terbang Fresno yang kenali sebagai Fresno Air Terminal. Pada tahun itu (1984), Fresno Air Terminal hanya airport kecil untuk penerbangan dalam negeri sahaja.
Namanya telah ditukar kepada Fresno Yosemite International Airport pada tahun 1996 dan menjadi airport international sepenuhnya pada tahun 2006.
Jarak dari airport ke rumah grandpa lebih kurang 7km sahaja dan mengambil masa 15 minit melalui jalan East Clinton Ave, North Chestnut Ave, masuk ke Cedar Ave sebelum keluar melalui Platt Ave dimana rumah grandpa terletak. Aku tidak banyak bercakap sepanjang perjalanan tersebut kerana terlampau excited dan masih tak percaya yang aku sudah sampai dan menjejak kaki ke negara yang selama ini hanya aku kenali melalui cerita combat, superman dan little house on the prairie.
Selepas sampai di rumah grandpa, kami ditunjukkan kepada bilik kami dan grandpa membiarkan kami untuk mengemaskan barang-barang kami. Bilik agak selesa dengan 2 katil serta wardrobe yang berasingan. Beberapa ketika grandpa memanggil kami dan menunjukkan bilik air untuk kami gunakan dan menanyakan samada kami ingin apa-apa minuman. Tekakku memang terasa haus tapi seperti biasa adab melayu, kami jawab, "No, thank you". Aku mengharapkan supaya grandpa akan bagi juga minuman sepertimana adab orang melayu walaupun tetamu kata tak nak, disediakan juga. Malangnya, bila mendengar kata-kat kami tu, grandpa pun kata, "ok then, see u guys tomorrow , have a good rest, good night". Itulah first lesson yang aku belajar mengenai mat salleh, tiada cakap berlapis punya, when u say no, u should mean no. Malam tu kami tidur nyenyak setelah travel selama hampir 20 jam kerana penat walaupun dengan tekak yang sangat haus ...bersambung...
| Fresno Air Terminal |
![]() |
| Gambar dalam Fresno Air Terminal - 1984 |

Thursday, December 20, 2012
Kembara Di Bumi Uncle Sam 4: Keluarga Angkat
Rumah keluarga angkat betul2 dibelakang pokok
Mr. Jefferson(Grandpa) dan Mrs Jefferson(Grandma) tinggal berdua sahaja di sebuah rumah banglo sederhana besar di Platt Ave, sebuah penempatan yang untuk golongan sederhana dan kebanyakan penduduknya adalah dari kalangan caucasian atau kita panggil 'mat salleh'. Rumah mereka mempunyai 3 bilik tidur,2 bilik air, dapur beserta ruang tamu yang mempunyai 'fire place' . Tanah yang agak lapang di bahagian depan serta terdapat sebuah bengkel kerja dibahagian belakang.
Seperti kebanyakan rumah di USA, rumah mereka tidak berpagar. Rumah mereka dikatakan ini dibina pada tahun 1930 dan dibuat daripada kayu.
Grandpa telah bersara, namun masih mempunyai bengkel kimpalan di belakang rumah untuk membuat kerja-kerja kimpalan besi sebagai part time. Salah satu hasil kerja yang ditunjukkan kepada kami ialah alat- alat besi untuk 'fire place' spt tong and poker.Grandma pula seorang guru yang juga sudah bersara.
Peralatan untuk 'fire place' (gambar hiasan)
Grandpa dan grandma mempunyai 3 orang anak yang telah berkahwin dan tidak lagi tinggal bersama mereka. Selama aku tinggal dengan mereka hanya sekali dapat berjumpa dengan salah seorang anaknya yang datang melawat dan bertanya kabar serta membawa cucu bertemu dengan datuknya. Kemungkinan kerinduan mereka kepada cucu-cucu menyebabkan mereka meminta kami memanggil mereka sebagai grandpa dan grandma...Allahua'lam....bersambung...

Tuesday, December 18, 2012
Kembara di Bumi Uncle Sam 3 : Tiba Di Fresno, California 1
Penerbangan dari Narita ke San Francisco mengambil masa lebih kurang 11 jam iaitu selepas 3 kali makan and 2 movies...Setelah selesai urusan imegresen kami berehat sementara menunggu penerbangan kami seterusnya ke Fresno, California.
Penerbangan kami ke Fresno mengambil masa 45 minit dan kami tiba lebih kurang pukul 5.30ptg tapi keadaan diluar macam pukul 8.00mlm di Malaysia. Ketika itu, waktu siang lebih pendek dari waktu malam kerana walaupun sudah bulan february tapi masih dalam musim sejuk. Fresno juga dikenali dengan 'The Best Little City In the USA'.
Kedatangan kami disambut oleh wakil pelajar di Fresno dan juga keluarga angkat Amerika. Setiap 2 pelajar ditempatkan ke satu keluarga angkat. Alhamdulillah, aku di gabungkan dengan Shakirin, bekas pelajar MRSM Kulim yang aku telah kenali semasa lawatan pelajar MRSM KT ke MRSM Kulim tahun sebelumnya. Seorang yang agak mature dari segi perwatakan dan pemikiran serta dianugerahkan Allah dengan tubuh yang agak tinggi, cukup perlu untuk menolong aku mengharungi hidup di sini memandangkan perwatakanku yang seakan-akan kebudak-budakan, terutamanya dari segi saiz badan....
Kami diperkenalkan kepada keluarga angkat kami seorang demi seorang. Tiba gilirin aku dan Shakirin, nama Mr. Jefferson (bukan nama sebenar) dan Mrs. Jefferson dipanggil untuk diperkenalkan kepada kami. Aku bersalaman dengan Mr. Jefferson yang agak berumur, rasaku telah lebih dari 70 tahun dan say 'hi' kepada isterinya yang nampak lebih muda mungkin dalam lingkungan akhir 50an.
Mr. Jefferson dan Mrs Jefferson akan menjadi keluarga angkat kami selama kami mengambil kursus intensif bahasa inggeris sebelum memasuki University. Bermulalah kehidupan aku sebagai salah seorang anak angkat kepada Mr dan Mrs Jefferson yang kemudiannya kami panggil sebagai Grandpa dan Grandma.....bersambung...

Sunday, October 21, 2012
Kembara Di Bumi Uncle Sam 2: Transit di Bumi Sakura
Dari Subang Airport, kapalterbang MAS yang kami naiki singgah di Hong Kong untuk mengisi minyak sebelum meneruskan perjalanan dan transit di Narita, Jepun. Kami bermalam di Narita selama satu malam sebelum meneruskan perjalanan kami ke San Francisco, USA.
Semasa melalui kaunter imegresen, salah sorang dari rakan kami asyik diperhatikan dan diketawakan oleh pegawai keselamatan disitu. Kami ingatkan kenapa...rupa-rupanya mereka ketawakan dia kerana rambutnya stail "Punk" dan mungkin ketika itu belum terkenal di Jepun.
Narita ketika itu masih lagi dalam musim sejuk dan suhu dibawah tahap beku. Kolam dihotel beku dan menjadi tempat ice skating. Bila bernafas, udara yang dihembus mengeluarkan 'asap' dan kami yang pertama kali melihat keadaan itu sangat teruja sehingga tidak disedari menjadi perhatian orang sekeliling.
Penerbangan kami ke San Francisco pada keesokan harinya adalah sebelah petang maka kami sempat berjalan-jalan disekitar bandar Narita pada waktu pagi. Aku sempat membeli baju sejuk kerana tidak tahan sejuk dan cuma pakai baju kot nipis sahaja. Harganya aku dah lupa cuma yang aku ingat apabila aku compare dengan harga di USA kemudian rupa-rupanya harga di USA lagi murah....

Thursday, October 18, 2012
Kembara di Bumi Uncle Sam 1 : Meninggalkan Malaysia
Perjalanan kembaraku ke Bumi Uncle Sam bermula dengan menaiki kereta toyota corolla abangku, Ustaz Rohmat dari Dungun ke Kg Jawa,Kelang untuk menginap di rumah kakakku, Zaimah. Seingatku yang ikut menghantarku ialah emak dan ayah ku serta dua abang ku, Ustaz Rohmat dan Mokhtar. Perjalanan kami agak perlahan disebabkan hujan yang turun agak lebat.
Perjalanan kami tersekat di Maran,Pahang disebabkan air sedalam 2 kaki lebih melintasi jalanraya. Setelah menunggu agak lama dan melihat ada kereta-kereta yang berani mengharungi air tersebut, Ustaz Rohmat mengambil keputusan untuk ikut mengharungi air tersebut...
"Lewat dah ni...kita tawakal je, kita ikut belakang lori tu" kata Ustaz Rohmat. Setelah mengharungi air selama 15 minit mengikuti lori , alhamdulillah kami selamat tiba di sebelah sana. Kami tiba agak lewat malam di Kelang dan disambut dengan kelegaan oleh Zaimah almaklum dia telah menunggu dari petang lagi.
Keesokan pagi, kami bertolak awal ke Subang Airport. Di airport, telah ramai kawan-kawanku yang telah sampai dengan keluarga masing-masing.
Setelah urusan check-in selesai, aku bersalaman dengan emak dan ayahku dan abang-abangku. Emak mengalirkan airmata sepertimana ibu-ibu kawan-kawanku yang lain manakala ayah nampak ingin menyatakan sesuatu tetapi tidak keluar dari mulutnya. Aku berpusing cepat-cepat kerana aku sendiri merasa sebak ketika itu dan segera bergerak mengikut kawan-kawanku memasuki balai berlepas.
Ini adalah kali pertama aku, anak kampung Pak Sabah, Dungun, Terengganu meninggalkan keluarga untuk tempoh yang lama....ini juga kali pertama aku menaiki kapalterbang dan menjadi orang pertama dari keluarga emak dan ayahku yang dapat melanjutkan pelajaran ke luar negara. Bayangkan betapa bangganya keluarga ku dan aku dapat melihat riak kebanggaan itu di wajah ayahku semasa aku berpaling untuk melambai tangan kali terakhir sebelum masuk ke balai berlepas.
Perjalanan ku meninggalkan bumi Malaysia pada usia 18 tahun ke bumi Uncle Sam bermula...14/2/1984....
Subscribe to:
Posts (Atom)
|
Get paid for your opinions! Click on the banner above to join Planet Pulse. Its totally free to sign up, and you can earn UNLIMITED. Find out more by visiting PLANET PULSE. |