Thursday, December 27, 2012

Kembara Di Bumi Uncle Sam 6: City of Fresno, California



Bandar Fresno (sebutan Freznoh) adalah sebuah bandar di tengah Negeri California, USA, merupakan ibu daerah bagi daerah (county) Fresno. Semasa aku sampai di Fresno, jumlah penduduknya lebih kurang 300,000 orang. Menikut statistik terkini, jumlah penduduknya telah bertambah kepada 500,000 pada tahun 2012. Majoriti penduduk Fresno adalah berketurunan Mat Salleh, diikuti dengan orang Hispanic , Black, Asian dan sedikit Native American (penduduk asal).

Fresno terletak 320 km ke utara Los Angeles(LA), 303 km ke selatan San Francisco dan 270 km ke selatan Sacramento, ibu negeri California . Nama Fresno adalah nama bagi pokok ash dalam bahasa Sepanyol yang banyak terdapat di Fresno dan daun pokok ash merupakan simbol yang terdapat pada bendera untuk bandar Fresno.




Kedudukan Fresno yang terletak berdekatan pusat geography California memberi kelebihan kepada Fresno dari segi jarak ke beberapa pusat rekreasi yang besar antaranya Yosemite National Park (97 km), Sierra National Forest (64 km), Kings Canyon National Park (97km) dan Sequoia National Park (121 km). Aku sempat melawat dua tempat tersebut iaitu Yosemite National Park dan Sequoia National Park.

Yosemite Park, California - 1984

Sequoia National Park, California - 1987
Cuaca Fresno agak sederhana sejuk serta lembab pada musim sejuk dan panas serta kering pada musim panas. Bulan December dan Januari merupakan bulan paling sejuk dengan purata suhu 12.8 °C pada siang hari. Pada musim panas terutamanya bulan July, suhu boleh 
mencapai 45.0 °C.

Begitulah sedikit sebanyak maklumat mengenai Fresno yang menjadi tempat 
bermaustatinku selama 9 bulan dari Februari 1984 hingga Awal September 1984 
sebelum berpindah ke Portland Oregon.

No comments:

BUKU-BUKU TERKINI DARI TELAGA BIRU


Get paid for your opinions! Click on the banner above to join Planet Pulse. Its totally free to sign up, and you can earn UNLIMITED. Find out more by visiting PLANET PULSE.
Program SMS Prepaid Terunggul Dari MYeCASH