Rumah keluarga angkat betul2 dibelakang pokok
Mr. Jefferson(Grandpa) dan Mrs Jefferson(Grandma) tinggal berdua sahaja di sebuah rumah banglo sederhana besar di Platt Ave, sebuah penempatan yang untuk golongan sederhana dan kebanyakan penduduknya adalah dari kalangan caucasian atau kita panggil 'mat salleh'. Rumah mereka mempunyai 3 bilik tidur,2 bilik air, dapur beserta ruang tamu yang mempunyai 'fire place' . Tanah yang agak lapang di bahagian depan serta terdapat sebuah bengkel kerja dibahagian belakang.
Seperti kebanyakan rumah di USA, rumah mereka tidak berpagar. Rumah mereka dikatakan ini dibina pada tahun 1930 dan dibuat daripada kayu.
Grandpa telah bersara, namun masih mempunyai bengkel kimpalan di belakang rumah untuk membuat kerja-kerja kimpalan besi sebagai part time. Salah satu hasil kerja yang ditunjukkan kepada kami ialah alat- alat besi untuk 'fire place' spt tong and poker.Grandma pula seorang guru yang juga sudah bersara.
Peralatan untuk 'fire place' (gambar hiasan)
Grandpa dan grandma mempunyai 3 orang anak yang telah berkahwin dan tidak lagi tinggal bersama mereka. Selama aku tinggal dengan mereka hanya sekali dapat berjumpa dengan salah seorang anaknya yang datang melawat dan bertanya kabar serta membawa cucu bertemu dengan datuknya. Kemungkinan kerinduan mereka kepada cucu-cucu menyebabkan mereka meminta kami memanggil mereka sebagai grandpa dan grandma...Allahua'lam....bersambung...
No comments:
Post a Comment