Penerbangan dari Narita ke San Francisco mengambil masa lebih kurang 11 jam iaitu selepas 3 kali makan and 2 movies...Setelah selesai urusan imegresen kami berehat sementara menunggu penerbangan kami seterusnya ke Fresno, California.
Penerbangan kami ke Fresno mengambil masa 45 minit dan kami tiba lebih kurang pukul 5.30ptg tapi keadaan diluar macam pukul 8.00mlm di Malaysia. Ketika itu, waktu siang lebih pendek dari waktu malam kerana walaupun sudah bulan february tapi masih dalam musim sejuk. Fresno juga dikenali dengan 'The Best Little City In the USA'.
Kedatangan kami disambut oleh wakil pelajar di Fresno dan juga keluarga
angkat Amerika. Setiap 2 pelajar ditempatkan ke satu keluarga angkat.
Alhamdulillah, aku di gabungkan dengan Shakirin, bekas pelajar MRSM
Kulim yang aku telah kenali semasa lawatan pelajar MRSM KT ke MRSM Kulim
tahun sebelumnya. Seorang yang agak mature dari segi perwatakan dan
pemikiran serta dianugerahkan Allah dengan tubuh yang agak tinggi, cukup perlu untuk menolong aku mengharungi hidup di sini memandangkan perwatakanku yang seakan-akan kebudak-budakan, terutamanya dari segi saiz badan....
Kami diperkenalkan kepada keluarga angkat kami seorang demi seorang. Tiba gilirin aku dan Shakirin, nama Mr. Jefferson (bukan nama sebenar) dan Mrs. Jefferson dipanggil untuk diperkenalkan kepada kami. Aku bersalaman dengan Mr. Jefferson yang agak berumur, rasaku telah lebih dari 70 tahun dan say 'hi' kepada isterinya yang nampak lebih muda mungkin dalam lingkungan akhir 50an.
Mr. Jefferson dan Mrs Jefferson akan menjadi keluarga angkat kami selama kami mengambil kursus intensif bahasa inggeris sebelum memasuki University. Bermulalah kehidupan aku sebagai salah seorang anak angkat kepada Mr dan Mrs Jefferson yang kemudiannya kami panggil sebagai Grandpa dan Grandma.....bersambung...
1 comment:
Nostalgia ya bro,
Post a Comment