Thursday, October 18, 2012

Kembara di Bumi Uncle Sam 1 : Meninggalkan Malaysia


Perjalanan kembaraku ke Bumi Uncle Sam bermula dengan  menaiki kereta toyota corolla abangku, Ustaz Rohmat dari Dungun ke Kg Jawa,Kelang untuk menginap di rumah kakakku, Zaimah. Seingatku yang ikut menghantarku ialah emak dan ayah ku serta dua abang ku, Ustaz Rohmat dan Mokhtar. Perjalanan kami agak perlahan disebabkan hujan yang turun agak lebat.

Perjalanan kami tersekat  di Maran,Pahang disebabkan air  sedalam 2 kaki lebih melintasi jalanraya. Setelah menunggu agak lama dan melihat ada kereta-kereta yang berani mengharungi air tersebut, Ustaz Rohmat mengambil keputusan untuk ikut mengharungi air tersebut...

"Lewat dah ni...kita tawakal je, kita ikut belakang lori tu" kata Ustaz Rohmat. Setelah mengharungi air selama 15 minit mengikuti lori , alhamdulillah kami selamat tiba di sebelah sana. Kami tiba agak lewat malam di Kelang dan disambut dengan kelegaan oleh Zaimah almaklum dia telah menunggu dari petang lagi.

Keesokan pagi, kami bertolak awal ke Subang Airport. Di airport, telah ramai kawan-kawanku yang telah sampai dengan keluarga masing-masing.

Setelah urusan check-in selesai, aku bersalaman dengan emak dan ayahku dan abang-abangku. Emak mengalirkan airmata sepertimana ibu-ibu kawan-kawanku yang lain manakala ayah nampak ingin menyatakan sesuatu tetapi tidak keluar dari mulutnya. Aku berpusing cepat-cepat kerana aku sendiri merasa sebak ketika itu dan segera bergerak mengikut kawan-kawanku memasuki balai berlepas.

Ini adalah kali pertama aku, anak kampung Pak Sabah, Dungun, Terengganu meninggalkan keluarga untuk tempoh yang lama....ini juga kali pertama aku menaiki kapalterbang dan menjadi orang pertama dari keluarga emak dan ayahku yang dapat melanjutkan pelajaran ke luar negara. Bayangkan betapa bangganya keluarga ku dan aku dapat melihat riak kebanggaan itu di wajah ayahku semasa aku berpaling untuk melambai tangan kali terakhir sebelum masuk ke balai berlepas.

Perjalanan ku meninggalkan bumi Malaysia pada usia 18 tahun ke bumi Uncle Sam bermula...14/2/1984....


No comments:

BUKU-BUKU TERKINI DARI TELAGA BIRU


Get paid for your opinions! Click on the banner above to join Planet Pulse. Its totally free to sign up, and you can earn UNLIMITED. Find out more by visiting PLANET PULSE.
Program SMS Prepaid Terunggul Dari MYeCASH