Pintu Masuk Utama SMTTM
Hari ini hari terakhir persekolahan penggal 1 dan juga hari terakhir kak long di SMTTM.... Selepas 3 bulan aku dan zaujah cuba pujuk supaya dia kekal di SMMTM...kami gagal. Kak long sememangnya jenis yang tetap pendirian...jika dia dah kata,"Tak Nak", marahlah, pujuklah, pukullah macamana sekali pun...dia akan tetap "tak nak"...
Teringat masa dia darjah satu di SK Sinaran Budi Rawang dulu....dia buat hal tak nak pergi sekolah bila masuk minggu kedua...aku terpaksa ambil cuti 3 hari selesaikan 'cabaran' anak sulungku ini..
hari pertama...aku pujuk, cakap elok2...nak upah aiskrim dsbnya jika dia ke sekolah...tak berjaya
hari kedua...aku ubah taktik..guna kekerasan sikit...marah,cubit...tak menjadi..
hari ketiga...tak pujuk dan tak marah...van sekolah datang..angkat dia masuk van...van jalan terus dlm keadaan dia mengelepar/menangis....no problem after that..
I was thinking of doing the same thing now....biarkan saje dia kat SMTTM. ...I have given an ultimatum that nak tukar boleh tapi uruskan sendiri..I will not be a part of it..I want kak long berusaha sendiri sekiranya dia benar2 nak pindah but she is a smart girl, tak boleh tackle abah...dia tackle Manya....... dia pujuk, rayu, hntr sms ke Manya sampai Manya tak tahan i.e pening memikirkan perkara ni.
Well, hari ini zaujah uruskan pertukaran sekolah tanpa bantuanku...aku duduk dalam kereta dengan azim dan jia..
Selepas angkat semua barang kedalam kereta, kak long ucapkan selamat tinggal kepada kawan2...dan apabila dia berjalan kekereta, ku lihat air matanya mengalir...
Selamat Tinggal SMTTM...
No comments:
Post a Comment