Sayup2..bunyi2 dengkuran semakin jauh kudengari..tertidur balik rupanya....kepenatan...
Pihak pengantin lelaki sediakan rumah (homestay) 3 bilik..agak luas juga...kaum adam tidur kat luar dan kaum hawa kat dalam bilik...Pihak Pengantin lelaki juga menghantar makanan pagi..nasi goreng dan karipap...cukup istimewa betul layanan orang Melaka ni..moga2 Allah membalas segala jasa baik mereka..
Waktu menghantar pengantin pukul 2.30ptg......pagi tu Pok Teh ajak pusing2 bandar Melaka dan singgah di Seri Malaysia, Air Keroh kerana ada sepupu hendak ikut kekenduri.... berkonvoilah kami tiga kereta..aku, pok teh dan pok li...tiba di Seri Malaysia semasa hujan lebat....sepupu tak jadi nak ikut sebab kursus tak habis lagi...balik semula ke rumah tumpangan ...
Pukul 2.30ptg siap untuk hantar pengantin...keretaku dijadikan kereta pengantin....lain2 rombongan jalan kaki je sebab dekat je ke tempat kenduri...cahaya matahari begitu terik sekali...
Salah seorang "professional photographer"....boleh tengok hasil kerjanya di sleinparker@photopages
Setia menunggu......
Setia menunggu......
Sampai saja 100m dari rumah pengantin, kami berkumpul untuk berarak tapi terpaksa bersurai sebab pasukan kompang tak sampai lagi...kesian tengok pengantin dan baby pijah...maka keretaku menjadi tempat berteduh sementara waktu....
20 minit kemudian barulah pasukan kompang tiba dan upacara perarakan dan selanjutnya diteruskan....
and gone....berjalan pulang..
Selepas semuanya selesai, aku bertolak ke Taman Air Molek untuk ziarah sahabat lama, akhi Kherman yang sekarang ini bekerja sebagai Timbalan Pengetua MRSM Muar. Terpandang baju T yang dipakainya...Ansara Seremban 1977-2009 friends for life..imemang bila kita membesar bersama selama 5 tahun...kita akan merasakan ikatan friendship yg cukup kuat sampai bila2..itu yang aku rasai sebagai xmrsmKT dan akhi kherman sebagai xmrsm seremban.Rombongan kami telah disambut mesra dan diberi layanan yang cukup istimewa oleh pihak pengantin lelaki, menjadi tumpuan kepada tetamu2 yang datang....dan ada kedengaran suara2 dari tetamu memuji rombongan kami.."cantik2 orang terengganu ye"....
Rombongan dari Terengganu dan PengantinAkhi kherman kukenali semasa di Fresno, California..dua tahun lebih tua dari ku..banyak yang ingin ku perbualkan tetapi masa tidak mengizinkan lebih2 lagi keluarga ikut bersama..Alhamdulillah dalam kesibukan kenduri dan berrehlah dengan keluarga, dapat juga aku kenalkan zaujah dan anak2 ku dengan salah seorang sahabatku yang sama2 melalui proses tarbiyyah semasa di USA.
Selepas ziarah, rancangan asalnya nak ke rumah Muna di Bangi...tapi memikirkan jarang2 dapat berkumpul dengan saudara mara..aku ke A Famosa Resort untuk bersama2 dengan rombongan yang lain..Selin (sleinparker) telah menempah kondo kepunyaan syarikatnya...Beverly hills Tower 2..
No comments:
Post a Comment