Tuesday, June 2, 2009

Bumbung Stadium Sultan Mizan Runtuh..

Hari ini ada check reinforcement bar untuk tiang jambatan diprojek aku...tiba2 dapat call dari Pok Teh. "tahu dok lg, stadium runtuh", kata dia.."dok tahu, stadium mana?" kata ku.."Stadium sultan mizan..Atap hok lendut tu runtuh, aku kat stadium ni,dengar khabar ada orang cedera.." terang pok teh.

Terkedu juga aku mendengarnya... dah dua kali aku sekeluarga duduk dibawah atap hok lendut tu...




Sukma 2008....






Perasmian FEI World Endurance Championship 2008......


Sebagai Jurutera, inilah saat2 yang mendebarkan sekiranya projek tersebut adalah dibawah pengawasannya, apa lagi sekiranya beliau merupakan 'designer' projek tersebut. Luckily, I was not involved in this project.

Walaumacammana sekali pun setiap yang berlaku itu tentu ada hikmah/pengajaran disebaliknya..sebab Allah SWT tidak akan mendatangkan sesuatu kejadian itu secara tidak sengaja dan sia-sia, Maha Suci Allah dari sifat2 tersebut...

Peristiwa sudah berlaku..atap sudah runtuh...tidak perlu menunding jari siapa yang bersalah...biarkan pihak2 terlibat menjalankan penyiasatan......carilah hikmah kejadian untuk diri kita dan sebagai jurutera, aku sendiri amat berminat untuk mengetahui sebab2 keruntuhan tersebut..


Gambar2 yang ku dapati dari blog2 lain...Pok Teh nak hantar gambar pakai MMS tapi tak dapat..



No comments:

BUKU-BUKU TERKINI DARI TELAGA BIRU


Get paid for your opinions! Click on the banner above to join Planet Pulse. Its totally free to sign up, and you can earn UNLIMITED. Find out more by visiting PLANET PULSE.
Program SMS Prepaid Terunggul Dari MYeCASH