Friday, March 18, 2011

Kunci Kepada Kebahagiaan



Tidak dinafikan, kegembiraan adalah satu-satunya matlamat kehidupan di dunia yang dicari oleh semua manusia tanpa pengecualian. Tidak kira samada dia seorang muslim ataupun tidak, semuanya mencari kegembiraan/kebahagiaan (happiness)dalam hidup mereka walaupun cara yang digunakan adalah berbeza.

Namun, saya mengimani bahawa hanya orang muslim mukmin sahaja yang mampu mendapatkan kebahagiaan yang sebenar.Segala bentuk kebahagiaan yang diperolehi tanpa kepercayaan yang jitu kepada Allah SWT adalah merupakan ilusi semata-mata.
Antara tip-tip yang dinyatakan dalam Buku "La Tahzan/Jangan Bersedih" karya Dr Aidh Abdullah Al Qarni dalam usaha kita mendapatkan kebahagiaan adalah:

1. Mengetahui bahawa jika sekiranya kita tidak hidup dalam ruang lingkup hari ini, pemikiran kita akan  merawang-rawang, pekerjaan kita akan kucar-kacir dan kebimbangan kita kan bertambah. Perkara ini diterang dlam hadis Riwayat Al-Bukhari yang bermaksud:

" Bila kamu berada di waktu petang, jangan menyangka kamu akan melihat waktu pagi, dan bila kamu berada di waktu pagi, jangan menyangka kamu kan melihat waktu petang"  (Al-Bukhari)

2. Lupakan yang lepas and apa-apa yang terdapat dalamnya. Menyibukkan diri dalam perkara yang dah lepas dan berlalu adalah satu benda yang sia-sia.

3. Jangan terlampau menyibukkan diri dengan masa hadapan (future) kerana masa hadapan adalah dunia yang ghaib (unseen)i.e belum terjadi; jangan biarkan ianya mengganggu kamu sebelum masanya. 

4. Jangan terganggu dengan kritikan; sebaliknya, teguhkan pendirian. Sudah pasti dengan bertambahnya    kelebihan kepada kita maka akan bertambahlah kritikan manusia. Dan jadikanlah segala kritikan itu untuk kita menilai kekurangan dan kelemahan kita dan jadikannya sebagai panduan untuk kita memperbaiki diri kita.

5. Perlu tanamkan keimanan kepada ALLAH dalam segala aspek  kehidupan kita and perbanyakkan berbuat kebaikan:; itu adalah antara faktor-faktor yang menjadikan hidup kita bahagia dan tenang.

6. Jika kita berkehendakan keamanan, ketenangan dan kesejahteraan dalam hidup, carilah kesemua itu dengan mengingati ALLAH SWT.

7. Kita perlu mengetahui secara sedar bahawa semua yang berlaku, ianya berlaku dengan keizinan dan ketentuan ALLAH SWT.

8. Jangan mengharap puji-pujian daripada sesiapa.

9. Latihkan diri kita untuk bersedia menghadapi sebarang kesulitan.

10. Barangkali apa yang berlaku adalah baik untuk kita walaupun kita tidak dapat memahami dan mengetahui apakah kebaikan itu.

Semoga kita dapat kebahagiaan yang kita cari...iaitu kebahagiaan yang hakiki...berada dalam syurga bersama-sama orang yang kita sayangi dan melihat ALLAH SWT, pencipta kita...seperti mana hadis Nabi SAW,

Dari Abu Hurairah R.A, para manusia bertanya kepada Rasulullah S.A.W, “Ya Rasulullah, apakah kita semua dapat melihat Allah pada hari kiamat nanti?” Nabi menjawab, “Apakah kamu ragu-ragu dapat melihat bulan pada waktu purnama, melihat matahari apabila tidak dilindungi awan?” Mereka menjawab, “Tidak”. Lalu Rasulullah bersabda, “Sesungguhnya kamu semua akan melihat Allah sebagaimana kamu jelas melihat bulan purnama dan matahari yang tidak dilindungi awan”..

1 comment:

shahril said...

Salam, harap bro dpt kebahagiaan yg diimpikan

BUKU-BUKU TERKINI DARI TELAGA BIRU


Get paid for your opinions! Click on the banner above to join Planet Pulse. Its totally free to sign up, and you can earn UNLIMITED. Find out more by visiting PLANET PULSE.
Program SMS Prepaid Terunggul Dari MYeCASH