Sunday, October 21, 2012

Kembara Di Bumi Uncle Sam 2: Transit di Bumi Sakura

Dari Subang Airport, kapalterbang MAS yang kami naiki singgah di Hong Kong untuk mengisi minyak sebelum meneruskan perjalanan dan transit di Narita, Jepun. Kami  bermalam di Narita selama satu malam sebelum meneruskan perjalanan kami ke San Francisco, USA.



Semasa melalui kaunter imegresen, salah sorang dari rakan kami asyik diperhatikan dan diketawakan oleh pegawai keselamatan disitu. Kami ingatkan kenapa...rupa-rupanya mereka ketawakan dia kerana rambutnya stail "Punk" dan mungkin ketika itu belum terkenal di Jepun.

 Narita ketika itu masih lagi dalam musim sejuk dan suhu dibawah tahap beku. Kolam dihotel beku dan menjadi tempat ice skating. Bila bernafas, udara yang dihembus mengeluarkan 'asap' dan kami yang pertama kali melihat keadaan itu sangat teruja sehingga tidak disedari menjadi perhatian orang sekeliling.

Penerbangan kami ke San Francisco pada keesokan harinya adalah  sebelah petang maka kami sempat berjalan-jalan disekitar bandar Narita pada waktu pagi. Aku sempat membeli baju sejuk kerana tidak tahan sejuk dan cuma pakai baju kot nipis sahaja. Harganya aku dah lupa cuma yang aku ingat apabila aku compare dengan harga di USA kemudian rupa-rupanya harga di USA lagi murah....








Thursday, October 18, 2012

Kembara di Bumi Uncle Sam 1 : Meninggalkan Malaysia


Perjalanan kembaraku ke Bumi Uncle Sam bermula dengan  menaiki kereta toyota corolla abangku, Ustaz Rohmat dari Dungun ke Kg Jawa,Kelang untuk menginap di rumah kakakku, Zaimah. Seingatku yang ikut menghantarku ialah emak dan ayah ku serta dua abang ku, Ustaz Rohmat dan Mokhtar. Perjalanan kami agak perlahan disebabkan hujan yang turun agak lebat.

Perjalanan kami tersekat  di Maran,Pahang disebabkan air  sedalam 2 kaki lebih melintasi jalanraya. Setelah menunggu agak lama dan melihat ada kereta-kereta yang berani mengharungi air tersebut, Ustaz Rohmat mengambil keputusan untuk ikut mengharungi air tersebut...

"Lewat dah ni...kita tawakal je, kita ikut belakang lori tu" kata Ustaz Rohmat. Setelah mengharungi air selama 15 minit mengikuti lori , alhamdulillah kami selamat tiba di sebelah sana. Kami tiba agak lewat malam di Kelang dan disambut dengan kelegaan oleh Zaimah almaklum dia telah menunggu dari petang lagi.

Keesokan pagi, kami bertolak awal ke Subang Airport. Di airport, telah ramai kawan-kawanku yang telah sampai dengan keluarga masing-masing.

Setelah urusan check-in selesai, aku bersalaman dengan emak dan ayahku dan abang-abangku. Emak mengalirkan airmata sepertimana ibu-ibu kawan-kawanku yang lain manakala ayah nampak ingin menyatakan sesuatu tetapi tidak keluar dari mulutnya. Aku berpusing cepat-cepat kerana aku sendiri merasa sebak ketika itu dan segera bergerak mengikut kawan-kawanku memasuki balai berlepas.

Ini adalah kali pertama aku, anak kampung Pak Sabah, Dungun, Terengganu meninggalkan keluarga untuk tempoh yang lama....ini juga kali pertama aku menaiki kapalterbang dan menjadi orang pertama dari keluarga emak dan ayahku yang dapat melanjutkan pelajaran ke luar negara. Bayangkan betapa bangganya keluarga ku dan aku dapat melihat riak kebanggaan itu di wajah ayahku semasa aku berpaling untuk melambai tangan kali terakhir sebelum masuk ke balai berlepas.

Perjalanan ku meninggalkan bumi Malaysia pada usia 18 tahun ke bumi Uncle Sam bermula...14/2/1984....


Wednesday, February 1, 2012

Reflection

Man can do so much wonder but without any light, it won't be noticed at all..Allahu Akbar
Masjid Raja, Chendering, Terengganu

BUKU-BUKU TERKINI DARI TELAGA BIRU


Get paid for your opinions! Click on the banner above to join Planet Pulse. Its totally free to sign up, and you can earn UNLIMITED. Find out more by visiting PLANET PULSE.
Program SMS Prepaid Terunggul Dari MYeCASH