Alhamdulillah...saya dapat rasakan kemeriahan Eidul Fitri tahun ini tidak berkurangan malah bertambah lagi memandangkan kami pada kali ini bukan sahaja menjadi tetamu tetapi juga menerima tetamu...terutamanya surprised visit dari sahabat2 lama..
Alhamdulilllah juga, pada sambutan eidul fitri kali ini, saya dapat menziarah kesemua adik beradik arwah ayahanda dan arwah bonda yg masih hidup..Su Merah, Cik de dan Su Lebar..memang nama2 mereka agak pelik tapi itulah panggilan manja yg kami diperkenalkan dari kecik. Dalam pada itu dapat juga menziarah adik-beradik Bapak Mertua di Rantau Abang dan Besut.
Sempat juga buat 2 kali rumah "separuh terbuka" untuk meraikan adik beradik sebelah isteri dan adik beradik sebelah saya..