Sunday, September 27, 2009

Kemeriahan Eidul Fitri - Hari Kemenangan

Tahun ni merupakan sambutan eidul fitri yg pertama saya sambut di rumah sendiri di kampung..tiada lagi istilah balik kampung utk berhariraya bagi kami sekeluarga pada tahun ni ..
'Villa' saya


Pagar di cat baru

Alhamdulillah...saya dapat rasakan kemeriahan Eidul Fitri tahun ini tidak berkurangan malah bertambah lagi memandangkan kami pada kali ini bukan sahaja menjadi tetamu tetapi juga menerima tetamu...terutamanya surprised visit dari sahabat2 lama..

Alhamdulilllah juga, pada sambutan eidul fitri kali ini, saya dapat menziarah kesemua adik beradik arwah ayahanda dan arwah bonda yg masih hidup..Su Merah, Cik de dan Su Lebar..memang nama2 mereka agak pelik tapi itulah panggilan manja yg kami diperkenalkan dari kecik. Dalam pada itu dapat juga menziarah adik-beradik Bapak Mertua di Rantau Abang dan Besut.

Sempat juga buat 2 kali rumah "separuh terbuka" untuk meraikan adik beradik sebelah isteri dan adik beradik sebelah saya..




Satu Syawal - Ke rumah mertua, rumah Pok lan, rumah Su Mah, rumah Su Merah dan rumah Cik De di Dungun, rumah Kanda Maimun di Paka, anak2 jiran datang beraya, adik beradik isteri datang beraya dirumah.

Sepupu sepapat


"Mem" dan adik beradiknya


Sikembar Muna

Senyum istimewa dari Waiz

Dua Syawal - Jiran lama dari Rawang, Pok Lang singgah tapi sempat jumpa luar pagar je sebab dah janji dengan keluarga2 lain nak ke KT. Ke rumah Su Lebar dan Ayah Ngah Man di Rantau Abang, rumah Mek Da di Gong Badak, rumah kanda Mokhtar dan rumah Md Atan di Seberang Takir, rumah Hazmi di Jalan Kamaruddin (jumpa dengan sahabat2 Tn Hj Meli, Mohd Taib dan Hamzah), bermalam di rumah Mek Da.

Maksu dan anak2 saudara

Tiga Syawal - Ke rumah Pok Teh Ya di Besut (dapat makan ikan siakap dan kerapu segar tangkap sendiri)


Hasil Tangkapan - 6 siakap dan 3 Kerapu


Makan Tengahari - Menu Utama : Ikan Siakap dan Kerapu masak kari

Empat Syawal - Beraya ke rumah Kanda Ustaz Rohmat (Mudir Smaskl).Tn Hj Meli (Timbalan YDP Haluan Pahang) singgah dengan keluarga dalam perjalanan balik ke Kuantan. Buat Rumah "Separuh Terbuka" untuk keluarga adik-beradik sebelah isteri. Kanda Maimun dan anak-anaknya dari Paka datang beraya. Beraya ke rumah kanda Ramli.

Antara program Haluan yg di hadiri oleh Tn Hj Ramli (Meli adalah nama singkatnya semenjak dari tingkatan satu di MRSM KT lagi).


"Mem" dan anak2

Lagi satu senyum istimewa dari Waiz

The other kembar Muna

Lima Syawal - Jiran di Rawang, Shamzumi singgah dengan keluarga dalam perjalanan balik ke Rawang. Pok Teh Ya datang dari besut beraya dengan keluarga. Buat Rumah "separuh Terbuka" untuk keluarga adik-beradik sebelah saya.

Enam Syawal - Hadir ke kenduri kahwin anak Noni di Paka dan kenduri kahwin anak sepupu di Bukit Payung, singgah beraya ke rumah anak saudara , Herman, orang kuat Pekida marang.


Tujuh Syawal - Hantar Nazrul balik ke Smaskl. Kawan lama di projek Lebuhraya Pantai Timur 2 Che Roni yg juga abang kepada Dr Norhissam Mustafa (pengasas Rawatan Komplimentari Insaniah) singgah dengan keluarga dari Kelantan dalam perjalanan balik ke Johor.



"Taqab-balallahuminna wa minkum" dan "ala kulli 'aam wa antum bikhair". Semoga Allah menerima segala amalan baik kita sepanjang bulan ramadhan yg lalu dan memelihara kita supaya sentiasa dalam keredhaanNya dalam menyambut kemeriahan Eidul Fitri tahun ini. Amin.




1 comment:

mohd Amin jengka said...

Ir,

patutlah tinggalkan KL...rumah dia tepi pantai rupanya.

Salam Aidil Fitri dari saya

BUKU-BUKU TERKINI DARI TELAGA BIRU


Get paid for your opinions! Click on the banner above to join Planet Pulse. Its totally free to sign up, and you can earn UNLIMITED. Find out more by visiting PLANET PULSE.
Program SMS Prepaid Terunggul Dari MYeCASH