Tuesday, September 15, 2009

Nikmat Masa

Kuliah subuh hari ini cukup menarik minat saya. Ianya masih lagi berkisar tentang keberkatan Ramadhan dan kelebihan Lailatul Qadar tapi satu perkara yg dikatakan oleh Ustaz tersebut berkenaan kelebihan nikmat masa yg dikurniakan Allah SWT menjawab beberapa soalan yg berlegar dikepala saya beberapa hari ini.

Persoalan yg berlegar dikepala saya ialah kenapa kadang2 kita merasakan kita telah membuat sesuatu perkara/ banyak perkara dalam satu masa yg panjang namun bila kita kita tengok jam..rupa-rupanya baru 30 minit masa berlalu. Dan dalam waktu yg lain..masa kita rasakan berjalan terlalu pantas sampaikan kerja2 masih banyak lagi tidak terbuat.

Ustaz tersebut menceritakan tentang pengalaman peribadinya mengalami nikmat masa semasa bertalaqqi dengan seorang sheikh semasa menuntut di Mesir. Diceritakannya pada satu hari sheikh tersebut memberitahu bahawa sesi talaqqi hari itu akan ambil masa panajng sikit kerana banyak tajuk/kitab yg akan disyarahkan. Mengikut ustaz, kebiasaannya sesi talaqqi akan ambil masa 2-3 jam sahaja.

Pada hari itu, memang dirasakan agak panjang sesi talaqqi tersebut dengan sheikh mengajar dari satu tajuk kesatu tajuk sehingga kaki dan belakang ustaz dan rakannya terasa kebas/lenguh. Melihat keadaan ustaz dan rakannya, tuan sheikh menyuruh ustaz dan rakannya supaya bersandar dan melunjurkan kaki. Kata ustaz, memang kebiasaan orang arab belajar sambil bersandar dan berlunjur tapi pelajar melayu biasanya duduk dengan tertib bila belajar. Ustaz dan rakan terus bertalaqqi tanpa melihat jam sehinggalah selesai.

Apabila telah keluar dari rumah sheikh tersebut, rakan ustaz melihat jamnya dari berkata pada ustaz,"sheikh, anta tahu berapa lama kita bertalaqqi tadi?, satu jam saja". SubhanALLAH...Allahuakbar...inilah kekuasaan Allah yg boleh memendekkan masa dan memanjangkan masa atas kehendakNya.

Kekuasaan Allah inilah juga yg menidurkan Ashabul Kahfi didalam satu gua selama 309 tahun yang hanya dirasa oleh mereka seperti satu atau sebahagian dari sehari. Kekuasaan Allah jualah yg menjaga tubuh badan dan pakaian mereka dari menjadi hancur dek lamanya masa berlalu sedangkan diluar gua, manusia2 sezamannya telah hancur dimakan tanah.

Ustaz juga menerangkan tentang sebenarnya kita tidak perlu hairan jika ada cerita2 ulamak/orang soleh yg dapat mengerjakan solat 100 rakaat satu malam atau menghabiskan Al Quran 10 kali sehari kerana ALLAH mampu menjadikan masa itu panjang dan pendek bagi seseorang dengan KekuasaanNYA sebagai pencipta masa itu sendiri.

Perkara inilah yg tidak dapat difahami oleh Einstein walaupun dia mampu mengeluarkan Teori Relatifnya.




Semoga Allah SWT mengurniakan nikmat masa kepada kita supaya kita dapat beribadat sebanyak mungkin dalam kita mencari Lailtul Qadar pada saat-saat pecutan akhir dibulan Ramadhan Al Mubarak ini..

No comments:

BUKU-BUKU TERKINI DARI TELAGA BIRU


Get paid for your opinions! Click on the banner above to join Planet Pulse. Its totally free to sign up, and you can earn UNLIMITED. Find out more by visiting PLANET PULSE.
Program SMS Prepaid Terunggul Dari MYeCASH