Pagi sabtu lepas, anak ular masuk dalam rumahku..dalam tandas kat bilik tidurku to be exact...mula tak perasan sebab tak pakai spek....ingatkan lipan sebab rumah kayu ni memang selalu nampak lipan...tup..tup..bila pakai spek..tu dia...ular sawa...eeeeeee...walaupun cuma anak yang panjangnya 1-2 kaki je. Anak2 dan zaujah aku kejutkan supaya keluar dari bilik..
Teringat kata-kata Ustaz Ismail Kamus..."kalau ular masuk rumah..suruh dia keluar 3 kali,,kalau tak keluar juga boleh bunuh"..dikhuatiri ular itu jelmaan Jin.
Akupun ikut nasihat Ustaz Ismail Kamus, "Kalau kau Jin, tolong keluar dari rumah aku ni," tak semena-mena ular tu pusing nak masuk lubang kecik kat dalam tandas tu..aku tekan badan ular tu dengan kayu..jadi dia tak dapat bergerak..."camne ni ma?, nak bunuh ke tak ni" tanyaku ke zaujah.
"Tak payah bunuhlah, masukkan dalam bekas ni dan buang kat luar" kata zaujah sambil bagi tong bekas nasi.
Dalam geli geleman aku dengan ular, aku pegang ekornya dan cuba masukkan dalam tong itu...tup..tup..terlepas dan jatuh dekat tempat tidur azim (azim tidur dalam bilikku bila Yo duduk asrama...)... aku dapat tekan badan ular tu dengan kayu sbelum dia pergi jauh....fuh..nasib baik dia tak sempat masuk bawah katil.
Sekali lagi aku pegang ekornya dan akhirnya berjaya masukkan dalam tong nasi tu...aku biarkan ular tu dalam tong sementara kat luar cerah sikit..
Tong Nasi tempat anak ular di "kuarantine"
Zaujah call tok bab tanya nak buang kat mana anak ular tu. "Buang kat pantai", kat tok ma. "tak payah, buang kat semak kat luar pagar tu je, lepas tu pesan kat ular tu...tak payahlah datang kat rumah ni lagi" kata tok bab.
Aku buat seperti kata tok bab dan pesan ke ular tu, "Aku dah lepaskan kau kat sini, kau mainlah kat dalam semak ni, tak payahlah lagi datang rumah aku.."harap2 dia faham..diapun makhluk Allah juga....
Anak ular dalam bekas tong nasi tak mahu "keluar"
Setelah beberapa ketika, baru dia keluar....
Alhamdulillah...semuanya selamat.....keesokannya aku tutup semua lubang yang ada kat dalam tandas tu....
2 comments:
eeee...gelinye..nasib baik keluarga Ir. rosdi tak apa-apa
terima kasih rem
Post a Comment