Wednesday, May 20, 2009

Tilawah Alqurah

Wahdah Pemangkin Khaira Ummah


Malam tadi kami sekeluarga kemajlis perasmian Tilawah Alquran peringkat negeri Terengganu yang diadakan di Dewan Merdeka (dulu dikenali sebagai padang zink merah), Dungun.

Jia siap sedia untuk ke tilawah..



Azim laju kedepan nak cepat sampai...

Pentas tempat Qari mendengarkan bacaan Alquran- 3 rehal dan 6 tangan menadah doa..

Masih teringat 31 tahun dahulu, dipadang inilah perlawanan akhir bolasepak bawah 12 tahun peringkat daerah dungun antara SK Batu 48 dan SK Seberang marang dan saya adalah salah seorang pemain SK Batu 48 yang telah menang pada tahun itu...SK Batu 48 yang diketuai oleh Ghani, Soh, Che Awang dan bebrapa nama lagi yang aku dah tak ingat, menang 2-1...

Berbalik kepada Tilawah, kami sekeluarga sampai lebih kurang Pkl 8.45mlm, pada masa yg sama MB Trg juga sampai utk resmikan majlis tersebut..

Semasa ucapan pembukaan, sambil makan kacang dan minum air "free" ,



sempat zaujahku bertanya khabar kepada budak2 sekolah SMT Dungun yg duduk dihadapan kami..teringat kepada Kak Long yg berada di SMTTM..apa yg sedang dia buat sekarang?

Salah seorang pelajar tersebut mempunyai muka yg seiras dengan Nazrul (anak keduaku)...menyebabkan zaujahku tak bersembang lama dengannya...mungkin sebak kerana teringat ke Nazrul yg berada di asrama SMASKL.

Azim dan Nazrul di Tilawah Antarabangsa kat TTI tahun lepas..

Ini merupakan majlis tilawah kedua yang kami hadir selepas pulang ke Trg pada tahun lepas. Tahun lepas kami ke TTI utk majlis tilawah peringkat antarabangsa dan Nazrul ada bersama.

Yang peliknya pada kali ini, selepas saja perasmian ada pertunjukan bunga api..!!!

Teleng kepala nak tengok bunga api.. (bucu khemah atas kiri)


Well, i don't want to comment on this issue kerana sudah tentu ahli-ahli agama yang ada dalam komiti utk majlis ini lebih mengetahui reason disebalik pertunjukkan tersebut..wallahu'lam

Tetapi yang ingin aku nyatakan disini ialah sikap kita apabila bacaan al quran di perdengarkan...bukankah kita sepatutnya diam dan mendengar bacaan tersebut..bukan bercakap-cakap seprti berada dipasar..malangnya itulah yg berlaku...apakah maknanya kita kemajlis tilawah tetapi berborak2 semasa bacaan alquran diperdengarkan? May Allah have mercy on us...

Kami pulang selepas Qari pertama (wakil kemaman) selesai menghabiskan bacaannya sebab dah pkl 10mlm dan esoknya azim ada periksa dan Jia dah kuyu matanya...


Jia dah tunjuk muka sebab nak balik dah ngantuk...



An engineer will always look for an "engineering things" wherever he/she goes..now why don't i think of that structure when I design my house roof trusses?

2 comments:

pelik tapi benar said...

bunga api masa tilawah?...dunia dah nak kiamat ni..

MNazrul said...

bunga api............

kalau mcam ni perasmian tilawah al quran samajelah dgn perasmian sukma tahun lepas harap tak da nyanyian je

BUKU-BUKU TERKINI DARI TELAGA BIRU


Get paid for your opinions! Click on the banner above to join Planet Pulse. Its totally free to sign up, and you can earn UNLIMITED. Find out more by visiting PLANET PULSE.
Program SMS Prepaid Terunggul Dari MYeCASH