Tuesday, May 19, 2009

Kenapa Saya Memilih Menjadi Engineer

Cita-cita saya semenjak kecil ingin menjadi seorang doktor. Kemungkinan besar cita-cita ini timbul selepas melihat filem "Dr Rushdi"  lakonan Allahyarham P.Ramlee.


Sehinggalah tingkatan lima, setiap kali diajukan pertanyaan, " Awak nak jadi apa nanti?" atau " apa cita-cita awak?", jawapannya mesti doktor. Namun, jawapan saya ini bertukar kepada Engineer semasa menghadiri temuduga untuk menyambung pelajaran ke luar negara. Jawapan itu timbul apabila saya diberitahu pelajar bidang kedoktoran tidak dihantar ke luar negara. Adakalanya saya terfikir balik..alangkah rapuhnya alasan saya untuk bertukar cita-cita. Cita-cita yang tersemat didalam hati semenjak kecil boleh berubah hanya kerana ingin keluar negara. Dan kadang-kadang ada juga rasa penyesalan dalam hati saya selepas itu kerana rupa-rupanya pelajar kedoktoran juga di hantar ke luar negara seperti Ireland semasa itu.

Memang telah ditakdirkan saya menjadi seorang Engineer dan sehingga kini saya boleh merasa bangga dengan apa yang telah saya capai sebagai seorang Engineer. Kalau sebagai doktor, saya boleh berbakti dengan merawat pesakit, sebagai engineer saya boleh berperanan dalam menyediakan tempat untuk doktor merawat pesakit.

So, jika masih lagi ada pertanyaan " kenapa saya memilih Engineer dan tidak lain-lain karier ?"...Saya kan jawab..ini lah karier yang  Allah takdirkan untuk saya , mungkin saya rasa ada karier lain yang lebih baik, tetapi tidak semestinya baik untuk saya. Firman Allah yang bermaksud,".......Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui" - surah Al-Baqarah Ayat 216.

No comments:

BUKU-BUKU TERKINI DARI TELAGA BIRU


Get paid for your opinions! Click on the banner above to join Planet Pulse. Its totally free to sign up, and you can earn UNLIMITED. Find out more by visiting PLANET PULSE.
Program SMS Prepaid Terunggul Dari MYeCASH