Sunday, May 24, 2009

Majlis Khatam Al Quran.

Hari Jumaat Malam Sabtu yang lalu.....Mak Ngahnya buat kenduri Solat Hajat , Khatam AlQuran dan tahlil di rumahnya di Paka. Kami sekeluarga serta De (kakak ipar) dan anaknya angah bertolak dari dungun pukul 3.00 ptg ke Paka. Pok Li ke Bandung dengan kawan2 pejabat PPD Dungunnya, minta tolong bawa keluarganya sekali ke Paka.

Lebih kurang 80 orang hadir...penuh rumah.. Selepas solat hajat, diadakan khatam Al Quran untuk anak2 kanda maimun (1 orang lelaki dan 3 perempuan).

"Nak ikut biasa ke luarbiasa, khatam Al Quran ni, kalu biasa ustaz baca kemudian ikut...kita buat luar biasalah, yang nak khatam baca, ustaz tegur mana yang silap.." kata ustaz.

Abang nampak panik sikit sebab dia ingat baca dua 3 surah je..rupa2nya kena start dari surah Adh Dhuhaa sampai habis , yang perempuan ikut baca kat dalam bilik. Mungkin sebab terkejut, bacaan abang kadang2 "tersasar" sebutan dan tajwidnya.




Abang sedang baca AlQuran sambil di "awasi" oleh ustaz.


Azim dan angah berbisik2 sambil senyum2 macam ada rahsia bila dengar Abang baca AlQuran.."buat apa tu," tanyaku ..."Kira berapa kali abang kena tegur di ustaz, dah 23 kali abah!" jawab Azim. Laaaa...budak2 ni ....ada je idea....



Azim dan angah tengah kira berapa kali abang kena tegur oleh ustaz

Alhamdulillah, majlis berjalan dengan sempurna...makananpun cukup dan tiada banyak pembaziran..semoga majlis ini di iktiraf oleh Allah SWT sebagai majlis ilmu yang mendapat kerahmatanNya, insyaAllah.

3 comments:

Anonymous said...

Salam Ir.

bagus cara ustaz tu buat...barulah orang nak khatam belajar dan orang lain yang mendengar juga dapat belajar...

Ir. juga said...

Bro,

anak u azim memang kelakar ke orang ye?

Ir. Rosdi J said...

Salam Ir. juga,

ya, azim is the joker in the family..

BUKU-BUKU TERKINI DARI TELAGA BIRU


Get paid for your opinions! Click on the banner above to join Planet Pulse. Its totally free to sign up, and you can earn UNLIMITED. Find out more by visiting PLANET PULSE.
Program SMS Prepaid Terunggul Dari MYeCASH