Showing posts with label family. Show all posts
Showing posts with label family. Show all posts

Monday, October 29, 2012

Genap 20 tahun....

Hari ini genap 20 tahun usia perkahwinanku dengan isteri tercinta...banyak liku dan ranjau yang kami tempuhi bersama dalam mengharungi perkongsian hidup ini...semoga segala usaha kami dalam menjalani kehidupan untuk saling lengkap melengkapi segala kekurangan yang ada di antara kami mempunyai nilai disisi Allah SWT.....

Ku abadikan satu puisi khas untuk teman seperjuanganku menuju redha Allah SWT.. Semoga Allah memberkati  hidupmu....Pn Ruhaizal.....

Siapalah aku tanpa dirimu...(dengan izin ALLAH)

Siapalah aku tanpa dirimu...
sekadar seorang lelaki yang beku..
tiada kekuatan untuk bangun menyeru...
tiada kekuatan untuk mencari ilmu...

Siapalah aku tanpa dirimu...
sekadar seorang mahasiswa lulusan U
belum tentu mampu mendaki bukit berbatu
menuruni lurah yang pilu...

Siapalah aku tanpa dirimu..
sekadar seorang jurutera yang kaku
merekabentuk bengunan2 di hutan batu
membina jambatan memintas waktu...

Siapalah aku tanpa dirimu..
sekadar seorang ayah yang kelu..
tiada kepetahan untuk mendidik anak2 mu..
tiada sensitiviti untuk memahami jiwa2 mereka itu..

Siapalah aku tanpa dirimu...
sekadar seorang suami yang antara beribu..
yang kahwin hanya mengikut nafsu..
yang berpisah apabila jemu..

ya...siapalah aku tanpa dirimu..
dengan izin Allah kita bertemu...
dengan rahmat dan inayah Allah kita masih bersatu..
semoga berkekalan sehingga ke syurga Tuhan Yang Satu....



Monday, April 11, 2011

Janji Seorang Ayah


Ini adalah entry tahun 2009 yang belum dipublishkan....

Dah 2 tahun rasanya saya tidak ke Sarawak. Akhir sekali saya menjejakkan kaki ke Sarawak adalah bulan December 2007 untuk menghadiri mesyuarat tapak projek IKM Bintulu. Dalam masa 10 tahun bekerja dengan Techart , dah berpuluh-puluh kali saya ke Sarawak samada ke Kuching, Bintulu, Sibu ataupun ke pekan-pekan kecil seperti Betong dan Mukah. Ada satu ketika dalam sebulan saya ke Sarawak sebanyak 2-3 kali. Sebab itu selepas berhenti dari Techart dan setelah lama tak ke Sarawak, saya terasa rindu untuk ke Sarawak...rindu kepada mee kolok special Hj Salleh, 

Sunday, August 30, 2009

Derita Hati Seorang Bonda

Tiba-tiba je teringat Bonda yg sudah tiada lagi...

Tuesday, June 30, 2009

Abah..hadas besar tu apa?

Hari isnin lepas macam biasa aku pergi jemput Azim balik dari sekolah...Masuk je dalam kereta Azim ajukan satu soalan yg agak menarik, "Abah, hadas besar tu apa?"...terkejut jugak aku...ini kali pertama aku dapat pertanyaan seperti ini dari anak2 aku...abang dan kakak azim sebelum ini tak pernah tanya soalan macam ni....

"Mana azim dengar perkataan hadas besar tu?" aku tanya balik.."ustazah beritahu hari ini" jawab Azim..."apa lagi kata ustazah", ku tanya balik untuk tahu setakat mana pengetahuan yang Azim dapat dari ustazahnya...

"ustazah kata kalu ada hadas besar, kena mandi, kalu tak, tak leh solat" jawab Azim.."ahh..betul lah kata ustazah tu" kataku untuk cuba menamatkan perbualan sebelum pergi lebih detail...

"tapi......apa benda hadas besar tu...? tanya Azim lagi....nampak gayanya aku terpaksa berterus terang sahaja kat Azim..bagi dia faham terus...

Baru je aku nak terangkan, kereta dah sampai kerumah...Azim keluar dari kereta dan selepas buang kasut terus bertanya kepada Manya, "Ma..hadas besar bende Ma".....Manya mengerlingkan matanya kepada ku sambil tersenyum.....emm giliran zaujahku pulak untuk menjawab...

"Bila Azim mimpi naik kapalterbang...Azim kira hadas besarlah..kenalah mandi" terang Zaujahku....macam biasa kudengar penerangan macam tu....maka berlakulah soal jawab antara Azim dan Manya..

"kalu tak mimpi"...

"tak payahlah mandi"...

"naik kapalterbang tu camna..."

"nanti Azim besar, Azim tahulah macam mana naik kapalterbang tu.."

"abang yo dah mimpi ke belum?"....

"dah dekat2 dah nak mimpi tu...suarapun dah mula tukar"...

Lepas tu aku tingalkan mereka berdua dan aku kira Azim dah faham sebab tiada lagi soalan selepas aku kembali semula...

Selepas bersiap2 menaiki kereta untuk ke Masjid untuk solat maghrib..."Abah..Kena mandi tiap2 kali nak solat ke bila hadas besar?"......La..ada lagi soalan mengenai hadas besar ni...ingatkan dah selesai...

"Tak..sekali je...." Jawabku pendek

"ohh..sekali je...ingat tiap2 kali nak solat"..."pah tu macam nak tahu kita ada hadas besar ke tak"

"Tadi Ma terangkan Azim tak faham ke?"

"Dok..."

Masanya dah tiba untuk aku selesaikan kekusutan anakku sorang ini....

"Hadas tu ada 2 jenis..hadas besar dan hadas kecil, Azim tahu dok, apa tu hadas kecil? tanyaku

"Dok tahu..."

"Azim tahu dok, perkara2 hok batalkan wuduk?"

"buang air.....errr...kentut....betul dok abah?"

"Ah..betullah tu..bila batal wuduk..maknanya kita dalam hadas kecil..dok leh solat..pegang Alquran...nak solat kita kena....?

"ambil wuduk...." jawab Azim pantas..

"hadas besar pulak biasanya untuk orang2 tua je...budak2 tak ada lagi hadas besar"

"budak2 pun mimpi naik kapalterbang gok, abah..Ma kata bila mimpi naik kapalterbang..kira hadas besar tu..."

"Betul tu...cuma Ma bagi kiasan je tu...ada tak ustazah kata sebab2 boleh jadi hadas besar?

"ada...emm..kalau keluar air...emm..air mani...air mani tu apa abah?

"budak2 tak keluar lagi air mani...bila dah besar..baru keluar air tu...dan biasanya dia keluar bila kita mimpi.....tu yang Ma kata mimpi naik kapalterbang tu..Faham?"

"faham2...air mani tu warna bende....dia keluar kut mana, bah"....banyaklah tanya budak ni...

"warna putih....keluar ikut "anu"...bila keluar air nilah kita ada dalam hadas besar...masa ada dalam hadas besar ni kita tak boleh solat, pegang alquran...lebih kurang kalu dalam hadas kecil jugok...untuk kita nak solat kita kena mandi...namanya mandi wajib...faham dok?"

"faham doh, bah..."

"kalu faham...cuba khabor ke abah apa dia hadas besar dan hadas kecik?" kataku nak uji balik Azim.

"emmm.....kita hadas kecik bila wuduk kita batal sebab...kentut..emmm...hadas besar pulak ...emm....bila kita keluar air mani.....betul dok abah?"

"betullllll...camne kalu kita nok solat kalu dalam hadas besar?"

"kita kena mandi wajib....sekali je....bukan tiap2 kali nak solat..kan abah?"

"ya...sekali je...ada apa lagi dok faham....nanti nak tanya lagi...."

"ok..doh..Azim faham doh...kita nak solat masjid mana ni abah.?

Alhamdulillah.....dia dah faham setakat yang perlu difahami dalam usia mudanya.. 9 tahun...

Thursday, June 25, 2009

"Meet a teacher" session at An Najmi..

Last Saturday, I went to Tadika An Najmi accompanying my wife and Jia for her 'performance review' during the first semester. This is my first visit to An Najmi after registering Jia to this kindergarten.

An Najmi can be considered quite big compare to other private kindergartens in Dungun. They have more than 300 pupils with more than 10 classes. Jia is in class Amal for 5 years old pupils.

The "meet the teachers" session started at 11 am and we were the second parents scheduled to meet the teachers. We were among the earliest parents arrived, the session has yet started.

Eating area or canteen at An Najmi..

Inside one the classes....


Jia and her Ma waiting for their turn to meet the teachers..

When our turn came, we walked into a room and there were 3 Jia's teachers ready to tell my wife and I, what Jia had achieved for the last 5 months...I just sat there and let my wife did all the talking...the teachers were all women anyway...

"Nurjeha is a good girl, never disturb other pupils...has finished iqra' 1 and bacalah anakku 2...." so far so good..... but I was waiting for a 'negative' comments and from my experience with her brothers and sister, teachers will always reserve 'negative' comments for last and I was not wrong.....

"the only thing is she is quite sensitive...cannot talk loudly to her, she will cry albeit with no sound, only tears....when her friends said ,"don't want to be friend with her"...tears will come out from her eyes"..
Jia - one year old

Well, that is my Nurjeha....her sensitivity or "manja" maybe due to the fact that she is the youngest in the family....and maybe it is about time for her to have .....emmmmm...a younger sibling, perhaps?

Wednesday, June 24, 2009

Rumahku Berlangsir Baru..

Hari jumaat yg lalu pergi ke SMASKL hantar selipar dan duit belanja ke Nazrul...3 hari sebelumnya Nazrul call, " Abah, tolong mari hari jumaat ni pagi..pagi tahu sebelum solat jumaat"..."kenapa?" tanya aku curious.. "selipar yo hilang, ni pakai kasut sekolah je gi mana2" terang Nazrul...

Kesian pulak aku dengar rintihan anak kedua aku ini... Tak tahulah dah berapa banyak selipar yang hilang/rosak semenjak dia masuk asrama ni..yang last hilang ini adalah seliparku sendiri yang aku bagi minggu lepas selepas cuti sekolah...

Kami pergi bertiga je....Azim dan Kak Long memilih untuk tinggal dirumah Tokbak...

Jia tak pernah "bosan" mengikut aku dan zaujah pergi ke SMASKL

2 pasang selipar aku belikan untuk Nazrul...Tak tahulah berapa lama boleh bertahan...

Selesai hantar barang2 ke Nazrul....terus balik ke Dungun kerana Mekda dan keluarganya singgah dirumah sebab Nawi ada kerja di Kuantan.. Zaujahku orang yang paling gembira hari ini kerana Mekda datang membawa barang yang di pesannya...kain langsir baru...kata2 hikmat dari zaujahku..."biar rumah buruk..langsir kena cantik"...

"Raya lama lagi, nok pasang doh ke? buruklah nanti", tanya Tokma yang kebetulan hari tu ada dirumahku kerana ada orang tempah laksa 30 kilo..Bangsal laksa tokbak di tepi rumahku...

"dah ada ni... pasang teruslah...dok sabar nak tunggu raya," jawab zaujahku....naluri perempuan yang kadang2 tidak ku fahami...well..asalkan dia bahagia...... banyak yg dia terpaksa berkorban semenjak pindah ke Terengganu ni..

Upacara memasang langsir..Zaujah dibantu oleh tukang jahit langsir, Mekda..

Langsir yang siap dipasang...

Sementara itu anak2ku dan sepupu2nya menghabiskan masa mereka macam biasa...bermain2 ...lepas satu...satu...ps2, carom, monopoly. scrabble...habis mainan dalam kotak dikeluarkan...

Jia dan sepupunya dik nor..

Azim, din and abang long main scrabble...

Mekda dan keluarga pulang ke KT selepas solat maghrib meninggalkan Rumahku Yang Berlangsir Baru......

Thursday, June 18, 2009

Ke Melaka...Kenduri dan Rehlah (Hari Terakhir)

Ahad 7/6/2009, hari terakhir di Melaka...kami sekeluarga bertolak pulang lebih kurang pukul 9.00pg selepas breakfast...sebelum tu singgah di Carrefour Wangsa Maju untuk lepaskan perasaan rindu kami...Carrefour Wangsa Maju adalah pasaraya favourite kami sekeluarga semasa tinggal di Rawang...hampir setiap minggu kami akan ke situ.

Kata orang, " tempat jatuh lagi dikenang..inikan pula tempat shopping"....

"Carrefour" atau "crossroads" dalam bahasa Inggeris atau "persimpangan jalan" dalam bahasa melayu

Selepas shopping setakat yang perlu dan makan tengahari..kami ke Taman Tun Teja menziarah jiran lama shamzumi (juga xmrsmkt) dan keluarga..2 anak lelakinya baru sahaja lepas berkhitan..mereka berkhitan di hospital pusrawi, Ampang..tempat yang sama 2 anak lelakiku berkhitan..


Nazrul dan Azim berkhitan tahun 2007...Nazrul darjah lima dan Azim baru darjah satu..Azim berkhitan cara biasa..bius dekat 'anu'nya sahaja tapi Nazrul kena bius sepenuhnya kerana sebab2 "tertentu"...
Nazrul sedang menunggu giliran...

Azim ditemani Ma dan Tokbak menunggu giliran...

Azim dah selesai dan menunggu Nazrul yg masih dalam bilik pembedahan...bila ditanya sakit tak Azim?,,jawabnya "tak"..itu sebelum biusnya habis...selepas biusnya habis.."aduh..abah..sakit abah"...Azim merenggek...Tokbak tak tahan tengok cucunya kesakitan dan dia pun sama mengalirkan air mata...Tokbak memang sensitif orangnya...


Berehat di rumah....sehari selepas tu..ada complication..balutan Azim melekat dan tak boleh tanggal...terpaksa pergi semula ke hospital..dan masih terngiang2 ngauman Azim yang kecil tu diseluruh hospital memarahi nurse..."sakit la...sakit...sakit"..

Alhamdulillah..Allah telah memberi peluang untuk ku menjaga anak2 sepertimana yang dilakukan oleh ayahku semasa aku berkhitan dulu...walaupun yang lebih banyak berkorban masa dan tenaga menjaga kedua anak2 lelakiku ketika itu ialah zaujahku...

Lebih kurang pukul 3ptg..kami bertolak pulang ke terengganu...sempat juga semasa bergerak keluar dari taman tun teja..bersalam dengan jiran2 lama...mokcik, sofi dan azhar...sofi tengah sibuk dengan persiapan untuk perkahwinan anaknya yg sulong seminggu lagi..sempat lalu depan rumahku yg kini disewa oleh Pn Rina, seorang guru di selayang...tapi tak singgah..

Banyak pembangunan yang berlaku disekeling taman tun teja...Tesco sedang di bina..sekolah juga sedang dibina...nampak gayanya harga rumahku yang nak dijual tu naik lg....


Pembinaan Tesco sedang rancak berjalan...

Dalam perjalanan balik..tengok kereta berderetan menghala ke KL...orang baru habis cuti...betapa makmurnya rakyat malaysia jika dilihat dengan jumlah kereta yang banyak itu...teringat ayat AlQuran yg bermaksud," Dan nikmat Tuhanmu yang manakah yang engkau ingin dustakan", surah ar rahman ayat 13..

Kereta berderetan menghala ke Kuala Lumpur...

Selamat sampai di rumah pukul 9.30 mlm...Alhamdulillah segalanya selamat dan hasrat membawa anak2 berjalan semasa cuti sekolah kali ini tercapai jua....

Sunday, June 14, 2009

Nazrul pulang ke SMASKL

Semalam hantar nazrul pulang ke SMASKL...cuti sekolah dah habis...dalam perjalanan aku teringat semasa aku di MRSMKT dulu...dapat aku rasakan nazrul juga merasakan perasaan yg sama yg aku rasai setiap kali pulang ke asrama selepas cuti sekolah yg agak panjang...perasaan bercampur baur..antara sedih dan gembira..susah hendak digambarkan..

Aku sebenarnya cukup bangga dengan nazrul...walaupun SMASKL bukanlah secantik MRSM..dengan fasiliti yang cukup terhad...tapi dia boleh berkata, "sedap jugak duk kat SMASKL ni...angin nyaman je.." dia tidak melihat SMASKL sebagai tempat yg serba kekurangan tapi yang yg menyeronokkan..

Semasa mula2 duduk asrama dahulu..aku cukup risau kalau2 nazrul tidak dapat menyesuaikan diri sepertimana Kak Longnya di SMTTM tapi jangkaanku meleset sekali...nazrul yg cukup cerewet mengenai makanan(selalu lebih pada orang lain)...a lone ranger(susah dan memilih kawan)...dan ber"Fe'el...dapat sesuaikan diri..

Doaku semoga dia dapat menerima tarbiyyah di SMASKL sepenuhnya dan menjadi anak yang sepertimana kata Mudir SMASKL , Ustaz Rohmat - CERDIK, JURUH dan BOLEH TUMPANG bila besar nanti...insyaAllah.

Angkat beg...

Sampai di SMASKL..


2 blok bangunan di SMASKL..

Monday, June 8, 2009

Ke Melaka....Kenduri dan Rehlah (hari pertama)

Satu lagi hujung minggu yang sibuk dan memenatkan...setelah berehat selama 4 hari...kini tiba masa untuk menghantar anak2 saudara yang bernikah minggu lepas kerumah mertua masing2..

Perjalanan aku dan keluarga bermula pada hari jumaat 5/6/09 pukul 8.30 pg...destinasi pertama ialah rumah pok teh tar di kt..kena sampai sebelum pkl 11.00pg...sebelum itu sempat melawat stadium yg telah diserang raksasa...

Gambar "raksasa" yg menyerang stadium sultan mizan..."kabornya" masa itu ada persidangan Ultraman sedunia di stadium...tapi tiada ultraman yg cedera.....



Joke aside..nilah gambar2 keadaan bumbung yg runtuh tersebut, cukup mengerikan dan dalam masa yang sama mengharukan....berapa banyak duit rakyat dibelanjakan dan hilang begitu saja.....semoga Allah menjauhkan diriku dari keadaan seperti in sepanjang karierku sebagai engineer.




Selepas berehat seketika di rumah pok teh...wakil pengantin lelaki sampai untuk menjemput rombongan kami kerumah mereka....satu kelainan tapi sesuai memandangkan jarak antara rumah mereka tidak sampai pun 10km ...

Nak jumpa Hamdan dan Liyana? Ikut sini ye....

Keluarga Bahagia...Mak Perempuan,Menantu Lelaki, Menantu Perempuan dan Bapak Perempuan

Aku tertarik dengan rumah di atas..bersebelahan dengan rumah pengantin lelaki...unik..rekabentuk rumah terengganu lama...

Selepas makan..terus bertolak ke destinasi kedua..Paka..untuk menyertai konvoi ke Melaka, hantar Niah...sms ke fizah maklum supaya siap sedia pkl 3ptg nak bertolak dari Paka....singgah di masjid kuala abang untuk solat jumaat...sampai kat Paka pkl 2.50pm...orang kat Paka masih relax lagi...berlenggeng....sabor jelah...

Aku sekeluarga bertolak dulu bila pkl 3.20pm geng2 Paka tak siap lagi....janji jumpa kat tempat rehat gambang dekat simpang ke Muadzam..sampai di tempat rehat..aku tinjau2 sekitar kawasan tersebut...dah lama rasanya tak singgah disini semenjak LPT dibuka...


Pengurus Tempat Rehat Gambang


E Restoren = Elektronik Restoren?


Jia dan Azim tengah "mencari2" burung di Rumah Burung..

Ada 2-3 ekor burung tekukur dan seekor anak itik..

"Peace" dari Azim..


Pok Teh ikut sekali ke Melaka selepas hantar liyana

Selepas kesemua sekali tiba....kami bertolak ke Melaka...6 kereta kesemuanya....selamat sampai ke Taman Padang Temu, Melaka lebih kurang pkl 10.30pm dengan perut yang dah "berbunyi"...dan disambut oleh orang melaka dengan nasi.......Alhamdulillah...


Monday, June 1, 2009

2 hari.....2 kenduri.....4X Penat...

Sabtu 30/5/09 dan ahad 31/5/09 akan menjadi tarikh bersejarah dalam hidup dua orang anak saudaraku, Niah dan Liyana. Saban tahun tarikh ini akan disambut sebagai ulangtahun perkahwinan mereka berdua..dan aku berbangga dapat sama-sama meraikan hari pernikahan mereka berdua...

Seingat-ingatku..tiada lagi hari pernikahan anak2 saudaraku yang tidak dapat kuhadiri....bermula dari Haslin..Hartini..Suzi..Herman..Hafizah..Liana..Kak Nor..Linda..Da..Niah dan Liyana..

Inilah gambar2 perkahwinan mereka....ada cerita yang hendak ku ceritakan tapi maybe di lain posting...for now...lets the photos tell the story..

30/5/2009...Lokasi : Paka
31/5/2009...Lokasi : Seberang Takir














































BUKU-BUKU TERKINI DARI TELAGA BIRU


Get paid for your opinions! Click on the banner above to join Planet Pulse. Its totally free to sign up, and you can earn UNLIMITED. Find out more by visiting PLANET PULSE.
Program SMS Prepaid Terunggul Dari MYeCASH