Monday, April 11, 2011

Janji Seorang Ayah


Ini adalah entry tahun 2009 yang belum dipublishkan....

Dah 2 tahun rasanya saya tidak ke Sarawak. Akhir sekali saya menjejakkan kaki ke Sarawak adalah bulan December 2007 untuk menghadiri mesyuarat tapak projek IKM Bintulu. Dalam masa 10 tahun bekerja dengan Techart , dah berpuluh-puluh kali saya ke Sarawak samada ke Kuching, Bintulu, Sibu ataupun ke pekan-pekan kecil seperti Betong dan Mukah. Ada satu ketika dalam sebulan saya ke Sarawak sebanyak 2-3 kali. Sebab itu selepas berhenti dari Techart dan setelah lama tak ke Sarawak, saya terasa rindu untuk ke Sarawak...rindu kepada mee kolok special Hj Salleh, 

rindu pada laksa Sarawak,
 
 umai
 dan keenakan seafoodnya di Top Spot.


Baru-baru ini rindu untuk menikmati makanan2 tersebut dapat saya lepaskan. Saya ke Sarawak untuk tunaikan janji saya sebagai seorang Ayah kepada anak saya Nazrul...

Nazrul, anak kedua saya bersekolah di SMASKL (Sekolah Menengah Agama Swasta Kg Laut) dan tinggal di asrama . Tidak seperti sekolah2 asrama penuh kerajaan yang kebanyakannya membenarkan pelajar2 pulang pada hujung minggu atau setidak-tidaknya sebulan sekali, pelajar2 SMASKL hanya balik pada cuti penggal atau jika ada cuti2 am yang lain.

Oleh sebab itu, Nazrul selalu tidak dapat bersama dengan kami sekeluarga apabila ada trip hujung minnggu ke KL, Kelantan dsbnya. Untuk menguatkan semangatnya supaya tidak merasa dipinggirkan saya telah berjanji dengannya untuk membawanya ke Sarawak cuti sekolah akhir tahun...dan janji itu saya tunaikan kerana ianya Janji Seorang Ayah, walaupun berhadapan dengan beberapa 'critical problems' pada masa ini....

Antara gambar2 yang dapat diabadikan....












Inilah Tour Guide kami semasa di Kuching - Abu Hassan dan Keluarga bergambar dengan Nazrul.

1 comment:

Abu said...

Bila nak datang lagi....makan ikan buntal pulak..he..he

BUKU-BUKU TERKINI DARI TELAGA BIRU


Get paid for your opinions! Click on the banner above to join Planet Pulse. Its totally free to sign up, and you can earn UNLIMITED. Find out more by visiting PLANET PULSE.
Program SMS Prepaid Terunggul Dari MYeCASH